Subsidi Tiket Kapal Terbang RM600 Setahun Bagi Pelajar Sarawak Balik Ke Kampung Halaman

24 Aug 2023 • 9:51 AM MYT
I Love Borneo
I Love Borneo

Laman infotainment, gaya hidup dan pelancongan di Borneo

image is not available

Pelajar Sarawak berpeluang untuk mendapat subsidi ini balik ke kampung halaman

Subsidi Tiket Kapal Terbang RM600 Setahun, Bagi Pelajar Sarawak Balik Ke Kampung Halaman. Pelajar Sarawak yang sedang belajar sepenuh masa di institusi pengajian tinggi (IPT) yang berdaftar di bawah Kementerian Pendidikan layak memohon subsidi penerbangan sehingga RM600 setahun di bawah Inisiatif Graduan Pulang Sarawak (I-GPS).

Dalam pada itu, pelajar boleh membuat dua permohonan sebanyak RM300 setahun, iaitu jumlah RM600 setahun.

Difahamkan, menurut sumber, pelajar boleh mendaftar untuk subsidi melalui https://yayasansarawak.org.my atau aplikasi Pelajar Yayasan Sarawak.

image is not available
Sumber: dayakdaily

Penerbangan dari Semenanjung Malaysia, Sabah dan Labuan balik ke Sarawak

Infografik yang dikongsi oleh Timbalan Premier, Dato Sri Dr Sim Kui Hian di laman Facebook miliknya yang menyatakan bahawa subsidi I-GPS bertujuan untuk menampung kos pelajar yang terbang dari Semenanjung Malaysia, Sabah dan Labuan balik ke Sarawak.

Selain itu, dimaklumkan bahawa tiada sekatan pada tarikh penerbangan dan pelajar dinasihatkan untuk menuntut dalam tempoh 60 hari selepas tarikh penerbangan.

Gambar hiasan. Sumber foto: klia2

Jika ada pertanyaan lanjut, sila hubungi nombor telefon yang tertera

Bagi sesiapa yang mempunyai sebarang pertanyaan, boleh melawat Pusat Perkhidmatan Batu Kawah dari Isnin hingga Jumaat antara 8.30 pagi hingga 12 tengah hari, dan 1.30 petang hingga 4.30 petang; dan pada hari Sabtu dari 9 pagi hingga 11 pagi. Bahkan, boleh menghubungi pusat tersebut dengan menelefon 082-528932/ 010-222-3078.

Baca juga artikel yang berkaitan: