Subsidi tiket penerbangan ringan beban pelajar, keluarga

28 Mar 2024 • 1:53 PM MYT
Daily Express
Daily Express

Daily Express Online (Malaysia) is Sabah's top-ranked & most viewed English news site. It is also Sabah's leading & most circulated daily English newspaper.

image is not available

TAWAU: Bantuan subsidi tiket penerbangan RM600 kepada mahasiswa Sabah di Institusi Pengajian Tinggi (IPT) di Semenanjung, Sarawak dan Labuan disifatkan membawa sinar kepada golongan itu dan keluarga mereka.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kukusan, Rina Jainal berkata, bantuan itu dapat meringankan beban mahasiswa menampung harga tiket penerbangan untuk pulang ke kampung halaman bagi meraikan Hari Raya Aidilfitri.

Bantuan julung kali itu juga, katanya, bukti jelas keprihatinan Kerajaan Negeri terhadap denyut nadi setiap rakyat memerlukan.

“Kita sedia maklum harga tiket penerbangan, terutamanya dari Semenanjung akan naik menjelang musim perayaan kerana permintaan meningkat.

SPONSORED CONTENT Sabah revenue hits RM6.97 billion: Hajiji says GRS State Government may see full term Kota Kinabalu: The Sabah Government continued its momentum in managing the economy in line with the commitment and spirit of the Sabah Maju Jaya (SMJ) when it posted record high state revenue of RM6.973 billion last year. Read more “Justeru, bantuan subsidi tiket sebanyak RM600 ini memberikan harapan kepada para mahasiswa pulang berhari raya di kampung halaman masing-masing bersama keluarga,” katanya dalam kenyataan, pada Rabu.

Rina berkata, sebagai seorang bekas mahasiswa yang menuntut di Semenanjung, beliau juga pernah merasai kepayahan untuk balik berhari raya di kampung halaman kerana kekangan harga tiket.

“Apabila Ketua Menteri, Datuk Seri Hajiji Noor mengumumkan bantuan ini, saya juga dapat merasakan rasa syukur mahasiswa di perantauan untuk pulang berhari raya tahun ini.

“Di sini kita dapat lihat hala tuju Sabah Maju Jaya (SMJ) sememangnya turut fokus kepada kebajikan mahasiswa dan belia di negeri ini,” katanya lagi.

Beliau yang juga Setiausaha Politik kepada Menteri Kewangan Sabah berkata, perkara itu juga menunjukkan kepimpinan negeri di bawah Gabungan Rakyat Sabah (GRS) dan Pakatan Harapan Plus berada di landasan yang betul.

Katanya, pembangunan ekonomi negeri kini berada di tahap terbaik, malah kerajaan negeri banyak memperuntukkan pelbagai bantuan kepada rakyatnya.

Isnin lepas, Hajiji mengumumkan peruntukkan RM10 juta untuk bantuan subsidi tiket penerbangan semasa majlis berbuka puasa bersama mahasiswa di Pulau Pinang.

* Follow us on Instagram and join our Telegram and/or WhatsApp channel(s) for the latest news you don't want to miss.

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.