Sudah Ada Kekasih, Brad Pitt Tiada Niat Kahwin Lagi

27 Apr 2025 • 7:28 PM MYT
Gempak
Gempak

Portal Hiburan No.1 Malaysia!

image is not available

Pesohor Hollywood, Brad Pitt dilaporkan tidak memasang niat berkahwin dengan kekasihnya, Ines de Ramon walaupun sudah dua tahun bercinta.

Pitt, 61, didakwa enggan kembali mendirikan rumah tangga kerana masih terkesan dengan skandal perkahwinan lampau bersama Angelina Jolie.



Ironi, bintang Fight Club tersebut sangat mencintai kekasihnya yang merupakan seorang eksekutif barangan kemas, diri tidak yakin untuk berkahwin lagi, lapor Daily Mail.

“Pitt tidak akan berkahwin dengan Ines de Ramon kerana masih terkesan dengan insiden perkahwinan lampau,” ujar sumber kepada media tersebut.


Selain terkesan dengan perceraian bersama Jolie, sumber sama mendakwa Pitt turut tidak dapat melupakan hubungan yang tidak baik dengan anak-anak mereka.



“Pitt sangat mencintai Ines tapi dia takut kecundang lagi. Dia bimbang tentang berkahwin semula dan memiliki anak.



“Dia gembira dengan kehidupan sekarang,” dakwa sumber sama.

Pitt dan Jolie rasmi bercerai pada tahun 2024 selepas aktres tersebut menuntut cerai pada 2016.

View Original Article
Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved