Sudah Bayar 45 Peratus, Pelajar Sibu Kecewa Tidak Dapat Insentif Bayaran Balik Pinjaman PTPTN

10 Jan 2024 • 4:42 PM MYT
I Love Borneo
I Love Borneo

Laman infotainment, gaya hidup dan pelancongan di Borneo

image is not available

Tidak layak mendapat insentif disebabkan pelajar tersebut bayar pinjaman PTPTN lebih awal

Sudah Bayar 45 Peratus, Pelajar Sibu Kecewa Tidak Dapat Insentif Bayaran Balik Pinjaman PTPTN. Seorang pelajar universiti berasa kecewa apabila namanya tidak termasuk dalam senarai penerima insentif pembayaran balik pinjaman PTPTN oleh Yayasan Sarawak. Ini kerana dia telah membayar hampir separuh daripada pinjamannya terlalu awal.

Menurut Ahli Dewan Undangan Negeri Bukit Assek, Joseph Chieng, nama pelajar tersebut tidak termasuk dalam senarai yang disediakan oleh PTPTN kepada Yayasan Sarawak. Ini bukan kesalahan Kerajaan Sarawak kerana senarai penerima faedah ditentukan oleh PTPTN.

image is not available
Sudah Bayar 45 Peratus, Pelajar Sibu Kecewa Tidak Dapat Insentif Bayaran Balik Pinjaman PTPTN. Sumber: Tcer

Pelajar tersebut sudah bayar 45% daripada pinjamannya

Menurut sumber, pelajar itu mendakwa dia telah membayar 45% daripada pinjamannya dalam masa 12 bulan selepas menerima keseluruhan pinjaman. Tetapi dia difahami telah membayar terlalu awal iaitu sebelum tempoh pembayaran balik ditetapkan.

Menurut Chieng, pelajar tersebut sepatutnya diberi ganjaran atas inisiatifnya membayar awal, bukannya ‘dihukum’. Dia akan membawa perkara ini kepada Ketua Menteri Sarawak dan PTPTN, dengan harapan kriteria untuk insentif ini boleh disemak semula.

Untuk layak dapat insentif ini, peminjam perlu bayar 30% pinjaman

Pengurus cawangan PTPTN Sibu pula menjelaskan bahawa untuk layak mendapat insentif, peminjam perlu menyelesaikan 30% pinjaman selepas tamat pengajian dan dalam tempoh pembayaran balik yang ditetapkan.

Menurut Pengerusi PTPTN, sejak 2019 lebih 25,000 graduan Sarawak telah menerima insentif berjumlah RM90 juta di bawah skim ini.

Baca juga artikel yang berkaitan:

https://www.iloveborneo.my/sarawak-lunaskan-hutang-ptptn-pelajar/

https://www.iloveborneo.my/semak-syarat-kelayakan-anda-untuk-insentif-bayaran-balik-ptptn-anak-sarawak-mulai-9-mac/