Tak Dapat Balik Kampung Halaman, Kejutan Krismas Dari Rakan Semenanjung Ini Buat Anak Sarawak Terharu

30 Dec 2023 • 3:59 PM MYT
I Love Borneo
I Love Borneo

Laman infotainment, gaya hidup dan pelancongan di Borneo

image is not available

Anak Sarawak terharu dengan usaha rakan Semenanjung

Tak Dapat Balik Kampung Halaman, Kejutan Krismas Dari Rakan Semenanjung Ini Buat Anak Sarawak Terharu. Siapa sahaja yang tak berasa kecewa jika tidak dapat balik ke kampung halaman untuk meraikan perayaan bersama keluarga tercinta.

Baru-baru ini tular di TikTok, seorang pengguna telah berkongsi sebuah video di mana rakan-rakannya telah membuat kejutan krismas buat dirinya yang tidak dapat balik ke kampung halaman di Sarawak untuk menyambut perayaan berkenaan bersama keluarga.

image is not available
Tak Dapat Balik Kampung Halaman, Kejutan Krismas Dari Rakan Semenanjung Ini Buat Anak Sarawak Terharu. Gambar tangkap layar dari TikTok @ahhpoi

Kejutan Krismas dari rakan

Dalam video berkenaan, rakan-rakan Semenanjungnya telah menyediakan pelbagai jenis makanan buatnya agar dia boleh merasa perayaan tersebut walaupun berjauhan dari keluarga.

Bekerja di Kuala Lumpur, dirinya tidak berkesempatan untuk balik ke Sarawak atas sebabnya tersendiri dan rakan-rakannya telah menjadi ”Secret Santa” dirinya tahun ini dengan membawa krismas kepadanya di Kuala Lumpur.

image is not available
Gambar tangkap layar dari TikTok @ahhpoi

Terharu dengan usaha rakan-rakannya

Dalam video berkenaan, jelas dilihat dirinya terperanjat dengan kejutan berkenaan serta perasaan terharu dengan usaha rakan-rakannya itu.

Dia juga telah mengucapkan terima kasih kepada rakan-rakannya yang telah membawa Krismas kepadanya pada tahun ini.

Lagi cerita menarik untuk anda di sini:

https://www.iloveborneo.my/peserta-kelahiran-sarawak-nurelyana-baharin-juara-dewi-remaja-2023/

https://www.iloveborneo.my/jadual-sambutan-tahun-baru-2024-kuching-waterfront/