Sudah Bergelar Ibu, Ayda Jebat Tak Nak Terima ‘Job’ Berlakon Babak Mesra Bersama Lelaki

Entertainment
30 Aug 2022 • 1:35 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Menjadi seorang artis mesti akan mempunyai era yang dimana menjadi kebangkitan mereka dalam bergerak secara progressif dalam industri hiburan seperti bidang lakonan.

Namun, ada suatu masa mereka akan merasakan tidak berkeperluan untuk mereka kekal menceburi dalam industri hiburan nak-nak kalau seseorang selebriti tersebut telah mendirikan rumah tangga. Nak fokus keluarga kan?

Seperti baru-baru ini, seorang artis terkenal di Malaysia telah membuat kenyataan mengenai pendapat dirinya terhadap industri hiburan.

Ayda Jebat taknak terima ‘job’ berlakon babak mesra bersama lelaki

Siapa lagi kalau tak kenal Ayda Jebat, seorang artis terkenal yang telah mencetuskan fenomena dalam industri hiburan di Malaysia pada tahun 2016 dahulu dimana dia telah memenangi pelbagai anugerah dan mempunyai ramai peminat pada ketika itu.

Namun, menurut Harian Metro baru-baru ini, Ayda Jebat atau nama sebenarnya Nur Suhada Jebat telah membuat kenyataan bahawa dia tidak akan menerima lagi tawaran berlakon yang berunsurkan babak mesra bersama lelaki

“Kadang-kadang bila tengok cerita membabitkan pelakon yang sudah berkahwin dan buat aksi-aksi tak sepatutnya ataupun melampau, terfikir juga bagaimana agaknya penerimaan pasangannya?”

image is not available

Tahu batas sebagai seorang isteri dan ibu

Menurutnya juga, babak terlebih mesti tidak semestinya perlu ada dalam filem atau drama bagi memberi impak tertentu. Dia juga menegaskan bahawa dia sedar batas dan tanggungjawab sebagai seorang isteri dan ibu perlu dijaga.

“Memanglah saya seorang pelakon, tapi tanggungjawab sebagai isteri dan ibu itu perlahan-lahan sudah dipegang. Saya sudah tidak perlu cerita cinta yang kena bertepuk tampar atau berpegangan tangan dengan lelaki.”

image is not available

Dia juga mengatakan bahawa dia juga tidak membawa namanya sahaja kepada masyarakat malah keluarganya sekali. Segala perbuatan yang tidak disenangi masyarakat mungkin akan menjadi impak negatif kepada nama keluarganya.

“Sekarang ini saya bukan bawa nama Ayda Jebat saja tapi saya juga bawa nama suami dan nama keluarga. Jadi, malulah. Mungkin dulu saya pun tak bagus, tapi selepas ini saya sudah tak nak.”

Apa-apapun min sangat menerima tindakan Ayda Jebat yang dikatakan sangat mengutamakan keluarga dan sentiasa berjaga-berjaga dengan mengekalkan imej yang baik sebagai seorang artis. Muahciked!

image is not available

 

 

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.