Sudah Bertapak 50 Tahun, Teck Kong Berwajah Baru Kini Rasmi Dibuka Di Tabuan

24 Sep 2023 • 4:41 PM MYT
I Love Borneo
I Love Borneo

Laman infotainment, gaya hidup dan pelancongan di Borneo

image is not available

Nama Teck Kong menjadi sinonim dalam kalangan rakyat Kuching

Sudah Bertapak 50 Tahun, Teck Kong Berwajah Baru Kini Rasmi Dibuka Di Tabuan. Bagi rakyat Kuching, anda pasti kenal dengan kedai Teck Kong yang bertapak di Tabuan, Kuching.

Mana tidaknya, kedai ini menjadi tumpuan ramai sejak dulu lagi kerana ia memenuhi keperluan barangan sekolah sehingga barangan dapur.

image is not available
Sudah Bertapak 50 Tahun, Teck Kong Berwajah Baru Kini Rasmi Dibuka Di Tabuan. Kredit gambar: FB Zachary Jupong Jawat

Suasana kedai yang lebih selesa dan ruang yang lebih luas

Demi terus bersaing dan memenuhi kehendak pelanggan yang kian beragam, Teck Kong telah melalui proses ubahsuai dan peningkatan yang signifikan.

Hasilnya, kedai yang sekali gus menjadi ikon komuniti di Tabuan kini menampilkan wajah baru, dengan pelbagai pilihan barangan yang tentunya akan memikat hati pelanggan lama serta generasi baru.

image is not available
Kredit gambar: FB AmzKuching

Dengan suasana kedai yang lebih selesa, ruang yang lebih luas dan tata letak yang sistematik, pelanggan pasti akan menikmati pengalaman membeli-belah yang memuaskan.

Tak hanya itu, sebagai tanda terima kasih atas sokongan tanpa henti sejak 50 tahun lalu, Teck Kong turut mengadakan pelbagai promosi menarik yang pastinya tidak akan mengecewakan.

image is not available
Kredit gambar: Sin Chew Sarawak

Lagi artikel menarik, anda boleh baca di pautan bawah: