'Sudah boleh bercakap, mahu makan, hampir seperti biasa' - Marina kongsi perkembangan positif Tun Dr Mahathir

LocalHealth & Fitness
13 Oct 2026 • 9:18 PM MYT
SinarPlus
SinarPlus

SinarPlus is a portal based on News, Current Affairs and Lifestyle content

Image from:  'Sudah boleh bercakap, mahu makan, hampir seperti biasa' - Marina kongsi perkembangan positif Tun Dr Mahathir
Foto: Facebook Dr. Mahathir bin Mohamad

ANAK sulung mantan Perdana Menteri, Datuk Marina Mahathir berkongsi keadaan bapanya, Tun Dr Mahathir Mohamad yang bertambah baik.

Perdana Menteri Malaysia keempat dan ketujuh itu dilaporkan sudah boleh bercakap dan menyatakan keinginan untuk makan.

Malah figura yang mesra disapa Tun M itu masih dirawat di Institut Jantung Negara (IJN) itu semakin baik dan hampir kembali seperti biasa.

Image from:  'Sudah boleh bercakap, mahu makan, hampir seperti biasa' - Marina kongsi perkembangan positif Tun Dr Mahathir
Foto: Facebook Dr. Mahathir bin Mohamad

“Beliau semakin sihat. Boleh bercakap dan mahu makan, jadi okeylah. Hampir seperti biasa,” katanya ketika ditemui Sinar Harian  pada majlis tahlil Allahyarham Tun Dr Hasmah Mohd Ali di di Yayasan Kepimpinan Perdana, Putrajaya pada Selasa.

Majlis berkenaan dihadiri 200 pegawai dan bekas pegawai Dr Hasmah.

Image from:  'Sudah boleh bercakap, mahu makan, hampir seperti biasa' - Marina kongsi perkembangan positif Tun Dr Mahathir
Foto: Facebook Dr. Mahathir bin Mohamad

Dr Mahathir dan anak- anaknya, Tan Sri Mokhzani, Tan Sri Mirzan dan Datuk Seri Mukhriz selain kenalan rapat kedua- dua tokoh berkenaan turut hadir.

Allahyarham Tun Dr Hasmah menghembuskan nafas terakhir di IJN, Kuala Lumpur, pada jam 9.20 pagi pada 28 September lalu sebelum selamat dikebumikan di Pusara Negara, Putrajaya pada hari sama.

Pasangan berkenaan yang berkahwin pada 1956 berkongsi hidup selama 70 tahun dan pernah mencipta sejarah pasangan pertama bekas ketua kerajaan masih hidup di Asia.

Sumber: Sinar Harian, Facebook Dr. Mahathir bin Mohamad

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved