Sudah Dirobohkan, Netizen ‘Throwback’ Kenangan Manis Di Stadium Shah Alam

Entertainment
3 Jul 2024 • 4:01 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Salah satu stadium terbesar di Malaysia, Stadium Shah Alam dilaporkan sedang dalam proses perobohan sejak semalam (2 Mei 2024). Difahamkan, tujuan dirobohkan adalah bagi memberi laluan kepada pembinaan Kompleks Sukan Shah Alam (KSSA) yang pastinya lebih lengkap dengan pelbagai fasiliti.

image is not available
Sumber: bernama

Guna jentera, ambil masa setahun

Kerja-kerja perobohan itu dilakukan oleh kontraktor Malaysia Resources Corporation Berhad (MRCB) selepas mendapat kelulusan daripada Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA), lapor BERNAMA.

image is not available
Sumber: bernama

Proses tersebut dijangka mengambil masa setahun dan dilakukan secara konvensional menggunakan jentera untuk meminimumkan habuk dan bunyi. Stadium yang memuatkan kapasiti 80,372 orang itu bakal diganti semula dengan kompleks sukan yang baharu dan moden berkapasiti 35,000 sehingga 40,000 orang.

Selain itu, kompleks sukan yang dijangka akan siap pada tahun 2026 itu bakal memiliki padang boleh alih (retractable pitch) yang pertama di Malaysia, pusat latihan serta kemudahan canggih lain yang bertaraf dunia.

Netizen throwback kenangan

Bagaimanapun, stadium yang dibina pada tahun 1991 itu pasti mempunyai kenangan manis dan pahit bagi peminat bola sepak tanah air. Menerusi hantaran di Facebook, rata-rata netizen mengimbau kembali kenangan mereka menonton perlawanan bola sepak.

image is not available image is not available

image is not available

Bagaimanapun, ada netizen lain bersetuju Stadium Shah Alam sebelum ini tidak diselenggara dengan baik menjadi punca ia ditutup pada tahun 2020. Mereka berharap agar komples sukan yang akan dibina selepas ini dapat mengekalkan kemudahan terbaik untuk sebarang perlawanan bola sepak.

image is not available image is not available

Sedih bila baca komen netizen…

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.