Sudah dua bulan tangani jerebu, Fadhlina tempelak netizen

LocalPolitics
14 Oct 2026 • 2:18 PM MYT
Kosmo Online
Kosmo Online

Hub berita berintegriti dan sensasi dalam dan luar negara.

Image from: Sudah dua bulan tangani jerebu, Fadhlina tempelak netizen

PETALING JAYA – Menteri Pendidikan, Datuk Seri Fadhlina Sidek menjawab seorang pengguna media sosial yang menyatakan kementeriannya lambat menangani isu jerebu melibatkan pendidikan sebaliknya perkara ini sudah dibincangkan sejak lebih dua bulan lalu.

Beliau berkata, pertemuan terbaharu diadakan bagi memperkemas penyelarasan antara agensi yang terlibat dalam menangani situasi jerebu.

Menurutnya, Kementerian Pendidikan (KPM) tidak boleh membuat keputusan secara bersendirian kerana pengurusan isu itu turut membabitkan tanggungjawab Jabatan Alam Sekitar, Kementerian Kesihatan, Agensi Pengurusan Bencana Negara dan agensi lain.

“Jadi memang kena duduk berbincang dari semasa ke semasa,” katanya.

Terdahulu seorang pengguna @farismohamad menuduh KPM lambat bertindak untuk menangani isu jerebu meskipun masalah itu telah berlarutan lebih dua bulan.

Dia menegaskan bahawa kritikan itu bukan bermaksud menentang menteri berkenaan, sebaliknya mempersoalkan kelajuan tindakan yang diambil. – KOSMO! ONLINE

The post Sudah dua bulan tangani jerebu, Fadhlina tempelak netizen appeared first on Kosmo Online.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved