Makluman  sekolah akibat jerebu perlu ditambah baik -NUTP

LocalFamily & Parenting
14 Oct 2026 • 8:28 AM MYT
Utusan Online
Utusan Online

Berita terkini, tepat dan dipercayai daripada Utusan Malaysia

Image from: Makluman  sekolah akibat jerebu perlu ditambah baik -NUTP

PETALING JAYA: Kementerian Pendidikan perlu menambahbaik pemakluman penutupan dan pembukaan semula sekolah yang terjejas akibat jerebu supaya ibu bapa dan guru dapat melakukan persiapan sewajarnya untuk murid.

Isu ini timbul susulan rungutan ibu bapa terhadap pemakluman penutupan sekolah yang dianggap terlalu lambat sehinggakan ada yang terpaksa mengambil cuti kecemasan untuk membantu anak-anak menjalani Pengajaran dan Pembelajaran dari Rumah (PdPR) bagi memastikan kelangsungan pembelajaran.

Setiausaha Agung Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan Malaysia (NUTP), Fouzi Singon berkata, pihaknya menerima rungutan daripada ibu bapa berhubung permasalahan itu dan melihat penambahbaikan perlu dibuat di masa depan.

 

Image from: Makluman  sekolah akibat jerebu perlu ditambah baik -NUTP
FOUZI SINGON

Katanya, pihaknya juga telah pun menyalurkan maklumat kepada Ketua Pengarah Pendidikan, Datuk Dr. Mohd. Azam Ahmad bagi membolehkan tindakan sewajarnya diambil oleh pihak kementerian.

“Penambahbaikan perlu dibuat oleh Kementerian Pendidikan untuk makluman penutupan atau pembukaan semula sekolah di masa hadapan supaya ibu bapa dan guru-guru dapat merancang masa masing-masing.

“Kami juga ada menerima rungutan daripada ibu bapa mengenai perkara ini. Mereka yang kerja perlu membuat perancangan untuk keperluan keselamatan dan makan anak-anak, tetapi jika pemakluman terlalu lambat, ia menyukarkan mereka,” katanya kepada Utusan Malaysia.

Sebelum ini, Kementerian Pendidikan mengeluarkan arahan penutupan sekolah serta merta di kawasan-kawasan terjejas akibat jerebu dengan bacaan Indeks Pencemar Udara (IPU) pada tahap 180.

Bagaimanapun, terdapat Jabatan Pendidikan Negeri mengeluarkan pemakluman penutupan sekolah agak lambat sedangkan arahan tersebut berdasarkan bacaan IPU pukul 2 petang di stesen-stesen berhampiran.

Mengulas lanjut, Fouzi menjelaskan, antara faktor Kementerian Pendidikan mengeluarkan arahan pemakluman penutupan sekolah agak lambat disebabkan mereka terpaksa menunggu laporan IPU ditetapkan supaya keputusan boleh dibuat.

Beliau meminta supaya ibu bapa dan guru-guru faham situasi itu kerana ia tidak boleh sewenang-wenangnya menutup sekolah kerana ia menjejaskan sesi pembelajaran murid.

“Kementerian mungkin terpaksa tunggu IPU dikeluarkan dan pengumuman akan boleh dibuat setelah bacaannya betul-betul melebihi tahap membenarkan sekolah ditutup. Oleh itu masyarakat perlu faham peraturan dan mereka pula boleh juga merangka keperluan penutupan sekolah,” katanya.

 

The post Makluman  sekolah akibat jerebu perlu ditambah baik -NUTP appeared first on Utusan Malaysia.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved