Sudah dua hari pujuk lelaki turun dari atas bumbung flat

14 Feb 2024 • 2:17 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available
Usaha bomba memujuk seorang lelaki kurang siuman yang berada di atas bumbung sebuah perumahan di Flat Sejati sejak dua hari lalu belum berhasil.

image is not available
Lelaki itu sudah dua hari berada di atas bumbung flat.

image is not available
Lelaki itu masih berada di bumbung flat dan proses memujuk bersama pihak polis serta keluarga mangsa masih dijalankan.

SANDAKAN - Usaha pasukan bomba memujuk seorang lelaki kurang siuman yang berada di atas bumbung sebuah perumahan empat tingkat di Flat Sejati di sini sejak dua hari lalu belum berhasil.

Pelbagai cara sudah dilakukan untuk memujuk lelaki berusia 39 tahun itu termasuk memanggil isterinya, namun tidak mendapat respons yang positif.

**media[2537346]**

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Sandakan, Severinus Sainkui berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian itu pada malam Ahad lalu.

"Seramai 14 anggota dikejar ke lokasi kejadian terletak sejauh sembilan kilometer untuk operasi menurunkan mangsa yang berada di atas bumbung flat tersebut.

"Sehingga hari ini (Rabu), mangsa masih berada di bumbung bangunan dan proses memujuk bersama pihak polis serta keluarga mangsa masih dijalankan.

**media[2537344]**

"Semalam, isteri mangsa dari Sukau, Kinabatangan telah datang untuk memujuk tetapi tidak juga berkesan," katanya ketika dihubungi Sinar Harian pada Rabu.

Sehubungan itu, Severinus berkata, proses memujuk terpaksa ditangguhkan sementara atas arahan pihak polis.

"Polis arahkan untuk hentikan seketika operasi penyelamatan disebabkan mangsa mengancam untuk terjun sekiranya ada penyelamatan dibuat.

"Setakat ini kita tiada maklumat kenapa lelaki tersebut naik ke bumbung berkenaan namun maklumat akan dikemas kini dari masa ke masa," katanya.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved