Sudah Jangka Menang, Senario Sepakat Beri Trofi Artis Komedi Popular Kepada Keluarga Hamdan - “Kami Sudah Dapat Agak Memang Akan…”

12 Oct 2024 • 12:10 PM MYT
Gempak
Gempak

Portal Hiburan No.1 Malaysia!

image is not available

Dipilih menjadi pemenang ArtisKomedi Popular pada Anugerah Bintang Popular Berita Harian ke-36, kumpulan Senario mengambil kata sepakat menyerahkan trofi tersebut kepada keluarga rakan seperjuangan mereka iaitu Allahyarham Hamdan.

Dah Pasang Niat

Anggota Senario, Saiful Apek atau Muhammad Saiful Azam Mohamed Yusoff, 55, menyatakan mereka sudah berniat mahu memberikan trofi berkenaan kepada waris arwah sekiranya menang sejak awal lagi.

"Memang nak hadiahkan trofi kepada waris Allahyarham Hamdan...

"Kami sudah dapat agak memang akan ada satu sahaja trofi.

"Dengan persetujuan sahabat lain memang nak hadiahkan trofi kepada waris Allahyarham Hamdan," katanya kepada Gempak.

Apek berkata demikian ketika ditemui pada sidang media malam kemuncak ABPBH36 di Auditorium Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA), Selangor pada malam Jumaat.

Selain itu, Azlee turut sempat memberitahu bahawa seluruh ahli Senario memasang impian untuk bergelar sebuah kumpulan komedi legenda sebelum mereka ‘menutup mata’.

"Apa yang Senario impikan sebelum kami semua 'pergi' adalah menjadi sebuah kumpulan legenda dalam industri hiburan tanah air," ujarnya.

Dalam pada itu, Yasin berkongsi berita gembira mendedahkan dirinya dan Azlee akan berangkat keTanah Suci Makkah untuk mengerjakan Umrah pada hujung bulan ini.

"Saya bersama Azlee akan bersama-sama tunaikan umrah pada 25 Oktober ini insya-Allah," kongsinya.

Selain Apek, Yasin, Azlee dan arwah Hamdan, Senario dianggotai Pak Ya, Wahid dan Lan Pet Pet.

Untuk rekod Allahyarham Hamdan Ramli meninggal dunia pada 5 Januari lalu akibat jangkitan kuman dalam darah.