Sudah kenal lebih 24 tahun, Lisa Surihani kagum lihat perjalanan penghijrahan Nora Danish

LocalEntertainment
23 Oct 2024 • 9:03 PM MYT
Oh My Media
Oh My Media

A digital platform emphasizing quality content and inspirational stories.

Pelakon Lisa Surihani kagum apabila melihat perjalanan penghijrahan sahabatnya, Nora Danish dalam memperbaiki diri untuk menjadi muslimah yang lebih baik.

Menerusi hantaran yang dimuat naik oleh Lisa atau nama lengkapnya Lisa Surihani Mohamed, dia berasa gembira ketika berjumpa dengan Nora selepas sekian lama tidak bertemu.

Lisa Surihani kagum

image is not available

“Gembira dapat berjumpa dengan awak setelah sekian lama Nora Danish yang sentiasa nampak jauh lebih muda daripada saya.

“Sangat mengharukan apabila menyaksikan perjalanan indah awak menuju Allah,” katanya.

Dalam pada itu, Lisa yang sudah mengenali Nora lebih 24 tahun turut mendoakan agar urusan dalam menutup aurat dipermudahkan dan segala ibadah yang dilakukan diterima Allah.

Lisa Surihani kagum

image is not available

“Semoga Allah menjadikan kita dalam golongan yang diredhai-Nya, dengan iman yang teguh dan dapat beribadah dengan ihsan.

“Tak sangka Nora, pejam celik kita dah kenal antara satu sama lain lebih 24 tahun,” ujarnya lagi.

Sumber: Instagram @Lisa Surihani