Sudah Memasuki Zon Kuning, Peserta GSF Diarah Tidur Dengan Pasport

WorldPolitics
30 Sep 2025 • 4:22 PM MYT
Borak Daily
Borak Daily

Curious & progressive. Bringing you the latest lifestyle & entertainment news

image is not available
Sudah Memasuki Zon Kuning, Peserta GSF Diarah Tidur Dengan Pasport

Personaliti media sosial dan aktivis, Nurfarahin Romli atau lebih dikenali sebagai Farah Lee berkongsi bahawa semua peserta misi Global Sumud Flotila (GSF) ke Gaza diarah tidur dengan pasport masing-masing bermula malam tadi.

image is not available

image is not available

Diarah tidur dengan pasport kerana kapal berisiko diserang

Menerusi hantanran yang dikongsikan beliau menerusi Instagram, langkah untuk tidur dengan pasport diambil selepas semua kapal yang belayar dalam misi kemanusiaan tersebut kini sudah memasuki zon kuning, yang berisiko tinggi dengan ancaman serangan daripada Israel.

“Perasaan Farah agak teruja, ada rasa gementar, ada rasa sedih, sebak dan perasaan yang tidak dapat digambarkan disebabkan kita rasa keberadaan dengan Gaza itu agak dekat.

“Bila sudah masuk zon kuning, berdasarkan sejarah dan pengalaman flotila sebelum ini, kebanyakan serangan mula berlaku di zon kuning. Diharapkan kami dapat masuk ke sana dengan selamat,” katanya.

Diarah tidur dengan pasport kerana sudah memasuki zon kuning

Dalam pada masa yang sama, Farah turut merayu agar semua pihak tidak berhenti mendoakan keselamatan mereka supaya misi membawa bekalan makanan dan ubat-ubatan ke Gaza dapat berjalan lancar tanpa halangan serangan mahupun cuaca buruk.

“Farah nak pesan supaya jangan lupa doakan Gaza, doakan Palestin, doakan mereka yang ditindas di seluruh dunia dan di tempat lain kerana mereka sangat memerlukan doa kita.

“Yang tolong kongsikan, tolong doakan, tolong ‘repost’ dan buat pelbagai usaha atas kapasiti masing-masing, semoga usaha ini menjadi asbab nama kita semua tertulis di dalam golongan mereka yang membebaskan Al-Aqsa dijanjikan Allah dalam al-Quran satu hari nanti Palestin.

“Persoalannya adakah nama kita akan tercatit sebagai mereka yang membebaskan Al-Aqsa. Harapnya dengan usaha yang kita buat ini, kita dipilih oleh Allah,” katanya.

image is not available

Beliau juga berharap dirinya serta peserta lain dapat kembali ke tanah air dalam keadaan selamat selepas pelayaran penuh risiko ini dan sempat berseloroh mahu segera menikmati nasi dagang dan colek pisang apabila pulang nanti ke Malaysia.

Sumber: Instagram farahlee_