“Sudah-Sudah Buat Kerja Macam Ni, Sungguh Memalukan” – Safee Sali Tegur Kakak, Minta Berhenti ‘Meroyan’

28 Jul 2026 • 6:51 PM MYT
Oh! Media
Oh! Media

Made in Malaysia by Malaysian.

Isu membabitkan bekas pemain bola sepak kebangsaan, Safee Sali menjadi perhatian ramai selepas kakaknya, Normalayati tampil bersuara di Thread.

Normalayati menafikan dakwaan Safee kononnya bekas adik ipar yang berasal dari Indonesia telah membolot semua harta adiknya itu.

Safee Sali tegur kakak di Threads

Tak berdiam diri, Safee dilihat membalas kenyataan yang dibuat kakaknya. Safee Sali meninggalkan komen meminta kakaknya menghentikan tindakan membuka cerita di media sosial.

Dalam komen itu, Safee turut meluahkan rasa kecewa menganggap kakaknya tidak perlu masuk campur kerana tiada di dalam hidupnya yang sebenar.

kakak safee sali
safee sali

Dalam satu lagi balasan, kakaknya turut berkata dia bersuara kerana mahu memperbetulkan keadaan apabila merasakan pihak lain difitnah.

View on Threads

Isu ini ternyata mengundang pelbagai reaksi netizen, lebih-lebih lagi apabila ia melibatkan hubungan adik-beradik serta kisah lama rumah tangga yang kembali menjadi perhatian ramai.

The post “Sudah-Sudah Buat Kerja Macam Ni, Sungguh Memalukan” – Safee Sali Tegur Kakak, Minta Berhenti ‘Meroyan’ appeared first on Oh! Media.
Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved