Sudah tiga hari tidak pulang ke rumah selepas keluar memancing

25 Sep 2026 • 4:43 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

Image from: Sudah tiga hari tidak pulang ke rumah selepas keluar memancing
Operasi SAR hari kedua digerakkan dengan radius pencarian sekitar lima kilometer dari rumah mangsa.
Image from: Sudah tiga hari tidak pulang ke rumah selepas keluar memancing
Kuang Poh, 73, dikatakan keluar rumah kira-kira jam 3 petang pada Rabu.

ROMPIN - Seorang wanita warga emas Orang Asli dilaporkan hilang di kawasan hutan Kampung Lesong, Kedaik, di sini selepas keluar memancing di kawasan hutan paya di kampung terbabit sejak tiga hari lalu.

Ketua Polis Daerah Rompin, Superintenden Sharif Shai Sharif Mondoi berkata, mangsa, Kuang Poh, 73, dikatakan keluar rumah kira-kira jam 3 petang pada Rabu.

Menurutnya, mangsa disedari hilang selepas tidak pulang ke rumahnya pada hari berkenaan sebelum kehilangannya dilaporkan kepada polis oleh ahli keluarga.

"Operasi mencari dan menyelamat (SAR) mangsa digerakkan jam 8 pagi pada Khamis dibantu penduduk kampung dengan pencarian awal di sekitar kawasan kejadian.

**media[3658588]**

"Pencarian lanjut turut melibatkan pegawai dan anggota bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Muadzam Shah dan lima anggota Perhilitan dibantu penduduk kampung di sekitar jalan balak ke sungai Rompin sebelum ditamatkan ekoran cuaca gelap," katanya.

Sharif Shai berkata, operasi SAR hari kedua pada Jumaat digerakkan ke kawasan hutan Zon 2 dibantu dua anjing pengesan di sekitar jalan balak menghala ke Sungai Rompin dengan radius pencarian sekitar lima kilometer dari rumah mangsa.

"Sehingga jam 4 petang pada Khamis, mangsa masih belum ditemui.

"Orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat mengenai keberadaan mangsa diminta tampil bagi membantu siasatan," katanya.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved