Wanita hitam manis hilang sejak Ogos di Kuala Nerus

24 Sep 2026 • 12:00 PM MYT
Utusan Online
Utusan Online

Berita terkini, tepat dan dipercayai daripada Utusan Malaysia

Image from: Wanita hitam manis hilang sejak Ogos di Kuala Nerus

KUALA TERENGGANU: Polis meminta bantuan orang ramai untuk mengesan seorang wanita berusia 23 tahun yang dilaporkan hilang selepas keluar dari rumah keluarganya di Kuala Nerus, dekat sini pada 15 Ogos lalu.

Nur Bahiyah Ahmad Shukri dilaporkan gagal dikesan selepas bapanya menyedari mangsa tiada di rumah kira-kira pukul 5.30 pagi pada tarikh berkenaan.

Ketua Polis Daerah Kuala Terengganu, Asisten Komisioner Azli Mohd. Noor berkata, laporan kehilangan dibuat oleh bapa mangsa di Balai Polis Gong Badak pada 13 September lalu.

“Bapa mangsa cuba menghubungi anaknya selepas menyedari dia tiada di rumah, namun gagal. Bapanya turut berusaha mencarinya di sekitar Stesen Bas Kuala Terengganu, namun mangsa tidak ditemukan.

“Sehingga kini mangsa belum pulang ke rumah dan gagal dikesan keberadaannya. Mangsa mempunyai peranti komunikasi dan apabila cuba menghubunginya panggilan tersebut tidak dijawab,” menurut kenyataan itu.

Nur Bahiyah mempunyai ciri-ciri fizikal berkulit hitam manis, berambut lurus berwarna hitam paras bahu, berhidung besar dan berbibir nipis. Dia mempunyai ketinggian kira-kira 153 sentimeter, berat badan 43 kilogram dan bertudung.

Ketika kali terakhir dilihat, mangsa dipercayai memakai baju blaus hitam berlengan panjang, seluar palazzo berwarna coklat, beg tangan warna kelabu, tudung berwarna coklat serta berselipar kelabu.

Sehubungan itu, orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan keberadaan Nur Bahiyah diminta menghubungi pegawai penyiasat, Inspektor Rosfan Mohamed di talian 013- 489 5548 bagi membantu siasatan. – UTUSAN

 

The post Wanita hitam manis hilang sejak Ogos di Kuala Nerus appeared first on Utusan Malaysia.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved