Sudahkah Anda Guna SARA RM100? Hanya Beberapa Hari Lagi Sebelum Penggunaan Luput

LocalSales & Promo
27 Dec 2025 • 6:46 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Sejak beberapa bulan yang lepas, kerajaan telah menawarkan Bantuan Asas Rahmah (SARA), memberikan kredit sebanyak RM100 untuk rakyat Malaysia, dan boleh ditebus melalui MyKad di pelbagai kedai terpilih seluruh negara. Kini, dengan tarikh 31 Disember 2025 semakin hampir, tempoh untuk habis menggunakannya juga semakin singkat.

image is not available

Bagi anda yang berumur 18 tahun dan ke atas, boleh menyemak baki kredit SARA anda sekiranya masih belum digunakan melalui laman rasmi SARA, dan menggunakannya sebelum ia luput. Sekiranya tidak digunakan, maka kredit tersebut akan dipulangkan semula kepada kerajaan.

Untuk makluman juga, kerajaan sekali lagi akan berikan Penghargaan SARA RM100 untuk semua rakyat Malaysia berumur 18 tahun dan ke atas pada Februari 2026 kelak.