Sufie Rashid Lega Menang Saman -"Memang Tak Berbaloi, Tetapi Sekurangnya Beringat!"

24 Oct 2024 • 12:25 AM MYT
Gempak
Gempak

Portal Hiburan No.1 Malaysia!

image is not available

"Sebelum kau buat orang, jangan lupa Tuhan sentiasa melihat kelakuan hambanya," itu perkongsian penganjur konsert, Sufie Rashid apabila dia dakwa dianiaya rakan kongsinya.
 


Sufie menarik nafas lega dan bersyukur selepas dia diberitahu Mahkamah Sesyen bahawa rakan niaganya diminta membayar ganti rugi terhadapnya dengan jumlah RM165,000.

 
Jelas penganjur konsert berkenaan, konsert di Sepang itu menjadikan syarikatnya mengalami kerugian hampir RM1.2 juta.
 

"Event pertama saya di Sepang dan tak perlu saya beritahu event apa. Kita cuba nak belajar buat event macam mana sampai tahap kena tipu dengan jumlah besar.

 
"Dalam perjanjian, dia perlu bayar kepada saya sebanyak RM1 juta tetapi dia cuma bayar setengah juta je. Kita bagi kelonggaran..dia tak boleh bayar kita bagi kelonggaran lagi.
 

"Dipendekkan cerita, nak adakan acara di sini perlu melibatkan warganegara Malaysia dan syarikat itu didaftarkan di bawah nama isteri saya. Jadi isteri saya yang menjadi mangsa.

 
"Disebabkan perkara itu juga isteri saya alamai tekanan teruk pada dirinya. Jadi saya pun lantik peguam," katanya ditemui di Aura Ernie Zakri Live in Concert pada Rabu petang.
 
Sufie dalam perkembangan lain berkongsi hantaran mengenai surat perintah mahkamah yang memerlukan rakan kongsinya itu membayar ganti rugi terhadap dirinya mengikut penilaian mahkamah.

View Original Article