Suhaimi Saad Seakan Tahu Kesihatan Akan Merosot, Sempat Minta Maaf Di TikTok – “Terima Kasih Atas Segala Kebaikan…”

15 Nov 2023 • 10:25 AM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

image is not available

Bekas anggota kumpulan nasyid In-Team, Suhaimi Saad sempat meminta maaf kepada pengikutnya di platform TikTok sepuluh hari yang lalu.

Menerusi hantaran itu yang dimuat naik pada 5 November lepas, Suhaimi turut mengucapkan terima kasih di atas perkenalan dan kebaikan orang ramai terhadapnya.

SS (Suhaimi Saad) minta maaf zahir dan batin dari korang semua. Terima kasih atas perkenalan dan segala kebaikan korang.

image is not available

Meninjau ruangan komen, ramai yang meninggalkan kata-kata dan mendoakan Suhaimi diberikan kesembuhan dan agar urusan Ina Naim serta keluarga dipermudah.

Setakat ini, perkembangan yang dimaklumkan oleh Ina Naim, Suhaimi masih ditidurkan dan masih bergantung pada alat bantuan pernafasan di ICU sebuah hospital di Johor.

image is not available

Suhaimi dilaporkan mengalami kegagalan organ dalaman selepas derita batuk kronik sejak empat bulan lalu dan cirit birit tiga bulan lepas menyebabkan berat badannya turun mendadak.

image is not available 19 hours ago

Ina Naim Dedah Sudah Puas Ikhtiar Berubat Sendiri, Akhirnya... - "Dia Sendiri Minta Dihantar Ke Hospital, Anggap Usaha Terakhir"