Suhu Cecah 16°C, Penduduk Cameron Highlands Pesan Bawa Baju Sejuk Lebih Jika Bercuti Di Sini [Video]

LocalTravel
17 Dec 2025 • 10:40 AM MYT
BuzzKini
BuzzKini

Laman Berita Social Malaysia

image is not available

Ikuti saluran WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.

Umum pasti mengetahui, Tanah Tinggi Cameron atau Cameron Highlands merupakan salah satu destinasi percutian yang sering menjadi pilihan pelancong tempatan dan juga luar negara.

Ini kerana pusat peranginan itu bukan sahaja terkenal dengan persekitaran yang sejuk malah ia turut menawarkan pemandangan semulajadi yang menakjubkan.

Maka tidak hairanlah jika setiap kali tibanya musim cuti sekolah, kawasan berkenaan akan dipenuhi pengunjung yang membawa ahli keluarga berjalan-jalan.

Abang Cameron pesan bawa baju sejuk dan selimut lebih jika ingin bercuti di sana

Terbaharu, seorang penduduk di Cameron Highlands yang dikenali di media sosial sebagai ‘Abang Cameron’ menitipkan pesanan kepada orang ramai yang ingin berkunjung ke sana pada bulan ini agar membawa baju sejuk dan selimut lebih.

Menerusi hantaran video yang dimuat naik di akaun TikTok miliknya, dia menyatakan hal ini kerana cuaca di tanah tinggi itu pada ketika ini sangat-sangat sejuk.

Menurutnya, ini kerana pada hujung tahun ini Cameron Highlands lebih kerap hujan berbanding pada bulan-bulan yang lain.

Suhu boleh cecah 16 darjah celsius pada waktu malam

Dia turut berkongsi suhu di Cameron Highlands yang boleh mencecah sehingga 16 darjah celsius pada waktu malam.

Tidak hanya itu, suhu di waktu tengah hari dan petang pada ketika ini di Tanah Rata juga hanyalah sekitar 19 darjah celsius sahaja.

“Ramai yang tanya Abang Cameron dekat sini hujan hari-hari ke, buat masa ini boleh dikatakan hari-hari hujan, cuma tak menentu kadang pagi, kadang petang dan malam.

“Siapa yang nak datang Cameron hujung tahun ini kena bawa baju sejuk dan selimut lebih sebab abang tengok seminggu dua ini suhu sangat sangat sejuk,” katanya.

@abang.cameron Assalamualaikum dan selamat pagi semuaimage is not availableimage is not available#cameronhighlandsmalaysiaimage is not available #cameronhighland #cameronhighlands #cameronhighlandsmalaysia #tanahrata ♬ A refreshing piano solo during the cherry blossom season(1520405) – Sumochi

Sebagai info, Cameron Highlands pernah mencatatkan suhu terendah di Malaysia pada tahun 1978 iaitu 7.8 darjah celsius, manakala suhu tertingginya pula 27.9 darjah celsius pada 1998.

Ramai akui sudah merancang untuk bercuti ke Cameron Highlands

Memindai ke ruangan komen, ramai yang mengakui sudah merancang untuk bercuti ke Cameron Highlands pada cuti sekolah ini.

Tidak kurang juga yang berkongsi gambar telahpun berada di sana pada ketika ini.

Malah, terdapat juga beberapa netizen yang menyuarakan kebimbangan memandangkan bulan ini merupakan musim hujan.