
Suhu Panas Permukaan Cecah 50°C, Jalan Raya Di UK Dilapor Cair & ‘Basah’ Seperti Lepas Hujan
Beberapa jalan raya di UK dilapor menjadi cair disebabkan oleh suhu panas yang terlalu tinggi sekaligus mencetuskan kebimbangan orang ramai yang menggunakan jalan-jalan berkenaan.
Broadstones Road di Stockport, Greater Manchester dilaporkan telah bertukar menjadi seperti slimmy hitam yang melekit dipercayai kerana bahan asfalt yang cair disebabkan oleh haba panas yang terlalu tinggi.
Salah seorang penduduk yang menyaksikan sendiri apa yang berlaku berkata, kenderaan yang melalui jalan itu kedengaran seperti sedang meluncur di atas jalan yang berisi air. Mereka juga memberi gambaran bahawa kaki mereka mungkin boleh tenggelam sekiranya memijak permukaan jalan yang lembut itu.

“Bunyinya seperti baru sahaja lepas hujan dan kereta-kereta memandu melalui lopak.
“Tahap pencairan itu mampu membuatkan kaki anda tersangkut di dalamnya jika melintasi kawasan tersebut, ‘tanah tar’ semuanya tersangkut pada tapak tayar kereta saya,”
Selain itu, jalan raya di Lincolnshir juga dilaporkan telah mula ‘cair’ kerana suhu permukaan mencecah lebih 54 darjah celcius. Menerusi perkongsian dari seorang anggota polis, Sgt Mike Templeman ia kelihatan seperti tenggelam di permukaan jalan di Blyton berhampiran dengan Gainsborough.
“Ketika itu kami berurusan dengan RTC kenderaan tunggal berhampiran Blyton dan jalan raya mula cair,” jelasnya.
Difahamkan, menurut rekod, suhu telah mula mencecah hingga 34.3 darjah celcius di Greater Manchester semalam mengatasi rekod sebelumnya 33.9 darjah celcius dari 25 Julai 2019.

Berjalan di bawah sinaran Matahari boleh menjadi panas hingga 50 darjah celcius dan pada suhu ini jalan mula mencair, menurut Persatuan Jabatan Permukaan Jalan, lapor Mirror.
Hal ini kerana permukaan jalan menyerap dan mengumpulkan haba pada waktu siang. Apabila suhu melambung, majlis perbandaran akan mengerat sebahagian jalan untuk mengelakkan daripada cair.
Minggu lalu, ketua eksekutif Persatuan Rawatan Permukaan Jalan, Howard Robinson berkata, pemandu mungkin akan tertanya-tanya melihat permukaan jalan yang dikeluarkan.
“Walau bagaimanapun, ia merupakan perkara biasa dan berkesan untuk memastikan permukaan jalan selamat semasa suhu panas melampau yang berpanjangan,” jelasnya.

Asfalt bersifat lembut apabila suhu terlalu panas dan keras serta rapuh apabila suhu terlalu sejuk, kekuatannya tidak bersifat kekal dan bergantung kepada keadaan cuaca di suatu masa ke semasa.
Sumber: Mirror
The post Suhu Panas Permukaan Lebih 54°C, Jalan Raya Di UK Dilapor Cair & ‘Basah’ Seperti Lepas Hujan appeared first on Siakap Keli.


