Sujud Syukur, Pakai Topeng Khas… Faisal Halim Kembali Ke Padang Selepas 3 Bulan Berehat

4 Aug 2024 • 7:55 AM MYT
Gempak
Gempak

Portal Hiburan No.1 Malaysia!

image is not available

Penyerang Selangor, Faisal Halim akhirnya kembali ke padang apabila tersenarai dalam perlawanan separuh akhir Piala FA menentang Terengganu FC (TFC) pada Sabtu malam.

Aura Mickey Luar Biasa

Meskipun tidak berada dalam kesebelasan utama skuad Merah Kuning, Faisal seolah sebak apabila dia melakukan sujud kesyukuran sebelum memasuki padang untuk sesi pemanas padan.


Topeng Khas Curi Tumpuan

Dalam satu muat naik yang dikeluarkan oleh Selangor FC, menyaksikan pemain itu yang pada kebiasaannya memakai jersi nombor tujuh memegang topeng khas itu.

Selangor Ke Final

Dalam perlawanan tersebut, Selangor FC berjaya bangkit untuk menang 4-1 dan 6-4 secara agregat sekali gus membolehkan Red Giants ke pentas akhir yang dijadualkan berlangsung 24 Ogos ini.

Kali terakhir Selangor mara ke final Piala FA pada tahun 2018 yang mana mereka tewas 0-2 kepada Pahang.

Selangor FC akan menanti pemenang antara Johor Darul Ta'zim atau Kedah Darul Aman yang akan turun dalam separuh akhir kedua esok malam.