Pejuang barah darah, Muhammad Nurhafiy Mohd Sazali, reda menerima takdir apabila kedua-dua tangannya terpaksa dipotong kira-kira sebulan selepas kehilangan kedua-dua belah kaki akibat komplikasi penyakit yang dihidapinya.
Hafiy, 22, berkata prosedur pemotongan kedua-dua tangan itu dilakukan pada Rabu lalu di Hospital Ampang selepas doktor mendapati terdapat jangkitan kuman yang menyebabkan keadaan tangannya semakin serius.
AdvertisementMeskipun sukar menerima hakikat tersebut, Hafiy mengakui dia tidak mempunyai pilihan selain akur dengan nasihat doktor demi kesihatannya.
Harian Metro “Tipu kalau kata tak sedih tapi inilah takdir-Nya dan aturan Allah SWT yang terbaik buat saya.”
“Suka atau tidak, saya kena relakan juga kedua belah tangan dipotong selepas kehilangan kaki bulan lalu.”
Menurut Hafiy, kekuatan untuk terus berjuang datang daripada sokongan tidak berbelah bahagi ahli keluarga serta rakan-rakan yang sentiasa berada di sisinya.
“Kekuatan mengharungi dugaan ini datang daripada keluarga yang banyak bagi semangat terutama emak, ayah, adik-beradik juga rakan.”
“Jadi walaupun sedih, saya lebih tenang sebelum dan selepas tangan dipotong tempoh hari. Terima kasih juga kepada rakyat Malaysia yang mendoakan terutama selepas kisah saya disiarkan di Harian Metro.”
Buat masa ini, Hafiy memaklumkan keadaannya stabil namun masih menerima rawatan dan berada di bawah pemantauan doktor di Hospital Ampang.
Beliau turut berkongsi bahawa doktor memaklumkan dirinya berpeluang menggunakan kaki dan tangan palsu pada masa akan datang sebagai alternatif untuk meneruskan kehidupan.
“Difahamkan, saya boleh menggunakan kaki dan tangan palsu nanti sebagai alternatif.”
“Cuma tak pasti lagi bila kerana minggu depan, saya perlu berjumpa dengan pakar rehabilitasi dulu bagi berbincang mengenai keadaan tangan juga kaki.”
Sementara itu, ibunya, Huzaimah Berhan, mengakui sebagai seorang ibu, amat sukar untuk melihat keadaan anaknya yang dahulunya aktif kini terpaksa berdepan kehilangan kedua-dua kaki dan tangan.

“Sebagai ibu, bohong kalau saya katakan tak sedih terutama bila mengenangkan Hafiy anak yang aktif dan banyak membantu tapi kini pergerakannya terbatas.”
“Nak kata tak boleh terima, kena terima juga kerana apa yang berlaku ketentuan Allah SWT.”
“Tapi saya tak boleh tunjuk sangat kesedihan di depannya dan kena kuat semangat.”
“Mohon sama-sama doakan Hafiy semoga penyakitnya diangkat dan urusannya dapat kaki dan tangan palsu dipermudahkan.”
Terdahulu, kisah Hafiy pernah mendapat perhatian ramai apabila kehidupannya berubah sepenuhnya dalam tempoh kurang setahun selepas disahkan menghidap barah darah pada Oktober tahun lalu.
Lebih menyedihkan, Hafiy diuji ketika masih mengikuti pengajian Ijazah Sarjana Muda Pengurusan Pembinaan di Universiti Teknologi MARA (UiTM) Shah Alam apabila bukan sahaja terlantar, malah terpaksa menerima hakikat kehilangan kedua-dua kaki dan kini kedua-dua tangannya akibat komplikasi penyakit tersebut. – HARIAN METRO
Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

"Kebetulan Dia Ada Berdekatan, Tak Sempat Lari..." - Bapa Percaya Anak Bukan Sasaran Utama Dalam Insiden Tik*man Di Sekolah
The post “Suka Atau Tidak, Inilah Takdirnya” – Pelajar Ijazah Pengurusan Binaan Hidap Barah Reda Kaki & Tangan Terpaksa Dipotong first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.

![Anak Mati Dilanggar, Ibu Gajah Enggan Berganjak Dari Lokasi [Video]](https://cdn.newswav.com/img/topic/environment.jpeg)



