Suka Berhias Walaupun Kerja Di Jalanan, Wanita Ini Digelar Tukang Sapu Paling Cantik

Entertainment
26 Aug 2023 • 2:16 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Seorang wanita yang bekerja sebagai tukang sapu di Thailand baru-baru ini telah menjadi perhatian ramai kerana dia gemar bersolek walaupun perlu bekerja di tengah panas di tepi jalan.

image is not available

Menurut laman web Next Shark, tukang sapu yang dikenali sebagai Pattaramon Thocharoen itu kini telah menjadi TikToker popular setelah berjaya meraih lebih 300,000 pengikut di TikTok.

Ini selepas dia berkongsikan video dirinya di tempat kerja namun apa yang menarik perhatian ialah dia telah mendandan dirinya dengan mekap dan kuku palsu yang cantik walaupun bekerja di bawah panas matahari.

Penampilannya itu telah menyebabkan ada yang menggelar wanita yang berusia 27 tahun itu sebagai tukang sapu paling cantik di Bangkok.

Namun, difahamkan, ada juga warganet yang mengecam tindakannya memakai mekap walaupun bekerja sebagai tukang sapu, namun wanita ini berpendapat bahawa rasanya tidak salah jika dia ingin kelihatan cantik ketika bekerja kerana ia adalah untuk kepuasan dirinya.

image is not available

Wanita itu juga berasa bangga bekerja sebagai tukang sapu kerana ayahnya juga pernah bekerja sebagai pemandu lori sampah dan ibunya juga pernah menjadi tukang sapu untuk membesarkannya.

Dalam masa yang sama, Pattaramon juga mengatakan kewangannya kini lebih stabil kerana dia mendapat pendapatan tambahan dari kerjaya sampingannya sebagai TikToker.

Apa salahnya kalau mekap pun kan, asalkan tak mengganggu time dia kerja, takde masalah pun rasanya.

Sumber: Next Shark

image is not available

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.