Suka Bertukar Duka, 16 Mangsa Disahkan Maut Dalam Tragedi Tanah Runtuh Di Batang Kali

16 Dec 2022 • 3:34 PM MYT
I Love Borneo
I Love Borneo

Laman infotainment, gaya hidup dan pelancongan di Borneo

image is not available

Kejadian berlaku di Father’s Organic Farm, Genting

Suka Bertukar Duka, 16 Mangsa Disahkan Maut Dalam Tragedi Tanah Runtuh Di Genting. Angka korban akibat kejadian tanah runtuh di sebuah tapak perkhemahan di Jalan Batang Kali-Gohtong Jaya meningkat kepada 16 mangsa, setakat jam 1 petang, pada Jumaat.

image is not available
Suka Bertukar Duka, 16 Mangsa Disahkan Maut Dalam Tragedi Tanah Runtuh Di Batang Kali. Sumber: Bernama

Pada jam 2.24 pagi tadi, Bomba Selangor telah menerima panggilan kecemasan berlaku kejadian tanah runtuh di Father’s Organic Farm, Jalan Genting, Batang Kali. Pasukan Bomba daripada BBP Kuala Kubu Bharu, BBP Rawang dan BBP Genting Highlands mula tiba di lokasi pada jam 3.04 pagi.

Angka korban terus meningkat

Dilaporkan, kejadian tersebut telah berlaku di tepi jalan berhampiran Father’s Organic Farm dan telah menghempap tapak perkhemahan yang berada berdekatan dengan jalan tersebut.

image is not available

Ketinggian runtuhan dianggarkan setinggi 30 meter dengan anggaran keluasan runtuhan sebesar 3 ekar.

17 mangsa masih belum dijumpai

Maklumat dikemaskini setakat jam 12.00 tengah hari , sejumlah 94 orang mangsa yang berada di tapak perkhemahan tersebut terlibat dengan kejadian runtuhan yang berlaku.

image is not available

Pencarian masih berjalan atas pencarian 17 mangsa yang tidak ditemui lagi. Usaha mencari dan menyelamat masih lagi diteruskan oleh pihak Bomba serta dibantu bersama oleh agensi lain iaitu Persatuan Bomba Sukarela, Bomba Swasta, PDRM, APM, KKM dan Pasukan SMART.