Suka Bertukar Duka, Netizen Kecewa Pesta Sematan Jadi Pesta Saman

15 Aug 2023 • 1:23 PM MYT
I Love Borneo
I Love Borneo

Laman infotainment, gaya hidup dan pelancongan di Borneo

image is not available

Dari pesta Sematan ke pesta saman menyaman

Suka Bertukar Duka, Netizen Kecewa Pesta Sematan Jadi Pesta Saman. Baru-baru ini berlangsungnya Pesta Sematan di tapak Dewan Undangan Negeri (DUN) Tanjong Datu dengan telah berjaya menarik orang ramai dari pelosok daerah Sarawak.

Pesta itu telah dihadiri oleh ribuan pengunjung baik dari warga Sematan sendiri mahupun dari daerah lain yang sanggup bersesak untuk sama-sama memeriahkan acara tersebut.

Difahamkan, Pesta Sematan 2023 yang berlangsung selama tiga hari mulai 11 Ogos menyediakan pelbagai acara termasuk pertandingan, pameran, persembahan serta Konsert Rakyat oleh artis-artis tempatan.

image is not available
Suka Bertukar Duka, Netizen Kecewa Pesta Sematan Jadi Pesta Saman. Kredit: Facebook

Namun, disebalik kemeriahan tersebut rupanya ada beberapa kisah yang dikongsikan oleh pengunjung yang datang ke situ menerusi perkongsian mereka di Facebook.

Antaranya, ramai yang mula mengeluh dan bersuara apabila beberapa individu tampil memaklumkan mereka telah pun disaman oleh pihak berkuasa kerana memarkir kenderaan mereka di tepi jalan.

Menerusi salah satu hantaran di Facebook, warga net memaklumkan kawasan tersebut sebenarnya tidak sesuai dijadikan sebagai lokasi acara besar-besaran kerana sudah pasti akan menjadi tempat tumpuan.

Ditambah pula jalan raya sesak dan puhak pengajur tidak menyediakan ruangan parkir yang secukupnya.

image is not available

Susulan itu, banyak kenderaan dikatakan disaman oleh pihak berkuasa disebabkan menghalang laluan dan meletakkan kenderaan mereka secara sesuka hati.

Hal ini telah menyebabkan rata-rata netizen berang dan tidak berpuas hati.

Rata-rata netizen kecewa kerana mereka sanggup datang dari jauh demi memeriahkan pesta ini namun disaman oleh pihak berkuasa kerana meletakkan kenderaan mereka ditepi jalan yang dikatakan menghalang laluan.

image is not available

image is not available

Susulan itu juga, ada juga netizen memberi pendapat supaya penganjur perlu berbincang dengan pihak berkuasa untuk mengawal lalu lintas.

Pihak berkuasa juga perlu mempertimbang tindakan saman ke atas kenderaan yang parking di tepi jalan kerana pihak penganjur tidak menyediakan tempat parkir yang secukupnya buat pengunjung.

image is not available

Baca lagi artikel menarik: