“Macam kuda kepang je”- Pertandingan Vegan Horse Riding Di Finland Ini Jadi Perhatian Netizen

12 Aug 2023 • 5:36 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Baru-baru ini, sebuah pertandingan kuda yang dianjurkan di Finland telah menjadi perhatian ramai kerana ramai netizen dari Indonesia dan Malaysia yang menyamakan pertandingan itu dengan kuda kepang.

Sukan yang dikenali sebagai Vegan Horse Riding atau nama rasminya Hobby Horsing itu telah dikongsikan oleh pengguna Twitter dan ia telah mendapat perhatian netizen negara ini dan negara seberang kerana disifatkan hampir menyerupai kuda kepang.

Ini kerana sukan itu tidak melibatkan haiwan kuda yang sebenar, sebaliknya peserta akan menunggang kuda mainan.

Cabarannya ialah, mereka perlu menunggang ‘kuda’ itu sambil menempuh halangan seperti lompat berpagar yang telah diletakkan di sekitar gelanggang.

image is not available

Meninjau ke ruangan komen, difahamkan, sukan itu bermula di negara itu kerana tak semua orang yang minat sukan berkuda mampu untuk memiliki kuda sebenar.

Nampak macam menarik jugak sukan kuda kepang versi orang putih ni.

image is not available

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.