“Suka Koo Kyohwan..” – Song Kang Bakal Bawa Watak Songsang Dalam Filem ‘Escape’?

Movie
19 Jun 2024 • 9:55 AM MYT
KimchiDaily
KimchiDaily

Kpop malay site consists of entertainment news, hot topics related to Korea

Song Kang bakal membuat penampilan khas di dalam filem “Escape”.

Filem itu membawa kisah perjuangan seorang askar Korea Utara (Lee Je-hoon) yang dikejar oleh seorang mejar kejam (Koo Kyo-hwan) selepas dia membelot.

Menerusi klip yang dikongsi, ramai menebak Song Kang bakal membawa watak seseorang yang menyukai lelaki dan dia berkemungkinan besar menyimpan perasaan pada watak Koo Kyo-hwan.

Malah temubual bersama pengarah Lee Jong-pil turut menguatkan lagi dakwaan itu apabila dia menjelaskan watak Song Kang sepatutnya dilakonkan oleh wanita pada awalnya,

Watak Song Kang adalah seperti Tinkerbell yang dapat mendedahkan masa lalu, keinginan dalaman, dan hati watak Koo Kyo-hwan. Pada mulanya, saya juga berfikir watak tersebut sepatutnya dimainkan oleh seorang wanita.

Kena tonton filem ni nanti, kalau nak tahu dengan lebih lanjut.

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.