Suka shopping dalam talian barang luar negara? Cukai 10% mula dikenakan 1 Januari 2024

15 Dec 2023 • 4:52 PM MYT
SoyaCincau
SoyaCincau

For everything that matters in tech

image is not available

Satu Warta Kerajaan Persekutuan bertarikh 8 Disember 2023 mengandungi berita bahawa Menteri Kewangan, PM Anwar Ibrahim telah menetapkan 1 Januari 2024 sebagai tarikh efektif bagi mengenakan dan melevikan cukai jualan bagi barang bernilai rendah. Hal ini bermakna, cukai Barangan Nilai Rendah (LVG) sebanyak 10% akan dikenakan bermula 1 Januari 2024.

image is not available

Buat anda yang terlepas berita, cukai LVG diumumkan sewaktu pembentangan Belanjawan 2022 sebelum ditangguh oleh kerajaan pada 16 Mac 2023 kepada satu tarikh yang akan diumumkan kelak.

Cukai 10% dikenakan untuk semua barang "Shipped from Oversea"

Situasi masa ini adalah cukai jualan dikenakan ke atas semua barang bercukai sama ada yang dihasilkan di Malaysia ataupun yang diimport dari luar Malaysia. Namun, pengecualian diberikan ke atas barang bernilai tidak melebihi RM500 (LVG) yang masuk melalui lapangan terbang antarabangsa.

image is not available

Inilah yang ingin diubah kerajaan. Mereka ingin memansuhkan pengecualian yang telah dinikmati penjual luar sejak sekian lama. Dengan pemansuhan ini, semua penjual tak kiralah sama ada penjual tempatan ataupun luar negara akan menghadapi persaingan yang lebih adil.

Kesannya kepada kita yang gemar berbeli belah dalam talian adalah kita mungkin menyaksikan jurang harga produk yang lebih rapat antara yang dihantar dari luar negara berbanding yang dihantar dari dalam negara.

Sumber: Kastam