Karnival Ban Canal 2024 di Parit 14, Simpang Lima berlangsung lima hari sejak Isnin menyajikan pelbagai aktiviti menarik kepada orang ramai.
Pesta anjuran Menteri Besar Selangor (Pemerbadanan) atau MBI bersama Pejabat Daerah Dan Tanah Sabak Bernam, Majlis Daerah Sabak Bernam dan rakan strategik, Persatuan Kanu Selangor Scan menyasar 20,000 pengunjung.
Antara acara disediakan adalah sukan air, pameran agensi kerajaan dan swasta selain deretan gerai jualan dan diserikan dengan kuliah maghrib tazkirah.
Dirasmikan Duli Yang Teramat Mulia (DYTM) Raja Muda Selangor Tunku Amir Shah, karnival turut menjadi lokasi mempromosi pelancongan berasaskan kampung dan pertanian.
Hayati tarikan karnival yang dirakam jurufoto, HARUN TAJUDIN ketika perasmian pada 26 November lalu.





Duli Yang Teramat Mulia (DYTM) Raja Muda Selangor Tengku Amir Shah (tengah), Ketua Pegawai Eksekutif Menteri Besar Selangor (Pemerbadanan) atau MBI Saipolyazan M Yusop (tiga, kiri) serta EXCO Kemajuan Desa Datuk Rizam Ismail (dua, kiri) membunyikan hon sebagai simbolik perasmian Karnival Ban Canal 2024


The post Sukan air meriahkan Karnival Ban Canal, saji aktiviti menarik appeared first on Selangorkini.


