Sukan Asia 2026 tawar 11 pingat emas e-sukan

23 Feb 2025 • 9:09 PM MYT
Media Selangor
Media Selangor

Berita dan isu semasa, inklusif untuk semua.

BEIJING, 23 FEB: Majlis Olimpik Asia (OCA) pada Sabtu mengumumkan senarai 11 acara sukan elektronik (e-sukan) yang akan dipertandingkan pada Sukan Asia ke-20 di Aichi-Nagoya, Jepun pada 2026, lapor Xinhua.

Pengumuman itu dibuat susulan mesyuarat tergempar dalam talian Lembaga Eksekutif OCA yang sebulat suara meluluskan penyertaan acara berikut bagi Sukan Asia 2026. Acara itu ialah Competitive Martial Arts (Berpasukan), Pokemon Unite, Honor of Kings, League of Legends, PUBG Mobile (Versi Sukan Asia), Mobile Legends: Bang Bang, Identity V (Versi Sukan Asia), Naraka: Bladepoint, Gran Turismo 7, Efootball Series dan Puyo Puyo Champions.

Ini menandakan kesinambungan kehadiran e-sukan yang semakin berkembang di Sukan Asia. Kali pertama diperkenalkan sebagai sukan demonstrasi pada Sukan Asia ke-18 di Jakarta-Palembang pada 2018, e-sukan diiktiraf secara rasmi sebagai sukan menawarkan pingat di Sukan Asia Hangzhou 2023 dengan tujuh acara dipertandingkan.

Sukan Asia ke-20 akan berlangsung dari 19 Sept hingga 4 Okt 2026.

— BERNAMA-XINHUA

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved