Sukan Asia: Shahmalarani rangkul emas kategori kumite 55kg

23 Sep 2026 • 3:14 PM MYT
Media Selangor
Media Selangor

Berita dan isu semasa, inklusif untuk semua.

Sukan Asia: Shahmalarani rangkul emas kategori kumite 55kg

SHAH ALAM, 23 SEPT: Atlet karate negara, C Shahmalarani merangkul pingat emas kategori kumite wanita bawah 55 kilogram (kg) di Sukan Asia Aichi-Nagoya, Jepun, hari ini.

Shahmalarani memastikan kedudukan teratas podium selepas menewaskan wakil Hong Kong, Tsang Yee Ting dalam aksi final di Gimnasium Toyohashi.

Pertarungan kedua-dua atlet berakhir terikat 0-0 sebelum keputusan juri memihak kepada Shahmalarani sekali gus menghadiahkannya pingat emas.

Sebelum mara ke final, Shahmalarani berdepan wakil Uzbekistan, Gulshan Alimardanova dalam saingan separuh akhir.

Atlet negara itu berjaya mengatasi Alimardanova 3-2 untuk mengesahkan tempat dalam perebutan pingat emas, lapor Berita Harian.

Kemenangan tersebut menjadi balas dendam manis buat Shahmalarani selepas pernah tewas kepada Alimardanova pada perlawanan akhir kejohanan dunia tahun lalu.

Shahmalarani memulakan kempen dengan cemerlang apabila menumpaskan Fong Man Wai dari Macau 8-0 pada pusingan pembukaan.

Beliau kemudian meneruskan rentak kemenangan dengan menundukkan Saiama Jaman dari Bangladesh 5-4 pada peringkat suku akhir.

Dalam aksi penentuan pingat gangsa, Man Wai menewaskan Alimardanova 6-5 untuk membawa pulang salah satu pingat gangsa.

Satu lagi gangsa menjadi milik atlet Filipina, Marie June Adriano selepas menewaskan Chung Ya-chi dari Taiwan 10-3.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved