Sukan Asia: Shereen enggan tunduk pada kekecewaan

30 Sep 2026 • 9:30 AM MYT
Kosmo Online
Kosmo Online

Hub berita berintegriti dan sensasi dalam dan luar negara.

Image from: Sukan Asia: Shereen enggan tunduk pada kekecewaan

KEGAGALAN mempertahankan pingat gangsa Sukan Asia cukup menyakitkan buat Shereen Samson Vallabouy, namun pelari 400 meter (m) negara itu memilih untuk menerima kenyataan sukar tersebut sebagai sebahagian daripada perjuangannya sebagai seorang atlet.

Pemegang rekod kebangsaan itu terkandas pada pusingan pertama Sukan Asia Aichi-Nagoya 2026 selepas menamatkan saringan ketiga di tempat keempat dengan catatan 54.03 saat (s), sekali gus gagal mengulangi pencapaian gangsa pada edisi Hangzhou 2022.

“Sukan Asia tidak berlangsung seperti yang saya impikan dan sejujurnya, kegagalan ini menyakitkan. Walau apa pun, saya tetap turun berjuang dan saya akan sentiasa bangga dengan cara saya memberikan yang terbaik setiap hari,” katanya.

Shereen turut menjadikan sokongan keluarga sebagai antara kekuatan utama untuk terus bertahan dalam karier olahraga selepas mereka sentiasa berada di belakangnya sejak hari pertama.

“Kepada keluarga saya, terima kasih kerana terus memberikan semangat kepada saya dalam sukan ini sejak hari pertama. Saya tidak mungkin berada di sini tanpa kasih sayang dan sokongan kalian dan saya akan sentiasa menghargainya.”

Dalam masa sama, Shereen menghargai peranan jurulatihnya yang terus memberikan bimbingan secara maya biarpun mengakui persiapannya tidak sentiasa dilengkapi segala keperluan atau berada dalam keadaan yang diinginkan.

“Terima kasih kepada jurulatih kerana sentiasa bersama saya secara maya pada setiap langkah perjalanan ini. Saya mungkin tidak memiliki setiap kemudahan atau keadaan yang diperlukan, tetapi kami memanfaatkan apa yang ada dan itu sendiri satu rahmat,” katanya.

The post Sukan Asia: Shereen enggan tunduk pada kekecewaan appeared first on Kosmo Online.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved