Sukan Olimpik: Tang Jie-Ee Wei kejutkan pilihan kedua, juara kumpulan D

29 Jul 2024 • 4:10 PM MYT
Media Selangor
Media Selangor

Berita dan isu semasa, inklusif untuk semua.

image is not available
1

SHAH ALAM, 29 JULAI: Beregu campuran negara, Chen Tang Jie-Toh Ee Wei menjuarai kumpulan D selepas menewaskan wakil China dalam aksi Sukan Olimpik, sebentar tadi.

Pasangan negara itu tewas set pertama 17-21 kepada Feng Yan Zhe-Huang Dong Ping yang juga pilihan kedua kejohanan sebelum bangkit memenangi dua set berikutnya 21-15, 21-17, lapor portal Stadium Astro.

Separuh masa kedua pula menyaksikan pasangan negara cuba memberikan saingan dengan momentum perlawanan yang lebih kemas untuk mendahului 14-6, walaupun pasangan China cuba mengejar tetapi sudah terlambat untuk meraih kemenangan 21-15 dan mengheret aksi ke set penentuan.

Dengan corak permainan yang lebih bertenaga, wakil negara mendominasi perlawanan penentuan walaupun wakil China cuba mengejar untuk muncul sebagai juara Kumpulan D dengan kemenangan 21-17 dalam aksi yang berlangsung selama hampir 70 minit itu.

Pasangan negara itu akan melalui sesi undian sekali lagi sebelum mengetahui lawan di peringkat suku akhir.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved