Sukan ragbi serlah bakat murid-murid SK Bandar Tun Hussein Onn (2)

27 Jul 2022 • 12:33 PM MYT
Sinar Bestari
Sinar Bestari

Portal Pilihan Guru-Pelajar-Sekolah serta IPTA/IPTS

image is not available

Pasukan ragbi Sekolah Kebangsaan (SK) Bandar Tun Hussein Onn (2), Cheras, Selangor telah berjaya membuktikan kemampuan apabila mencipta pelbagai kejayaan sehingga ke peringkat kebangsaan.

Sehubungan itu, sekolah ini mempertaruhkan sukan ragbi untuk menyertai Anugerah Sekolah S.M.A.R.T Sinar Bestari (ASSSB) anjuran Sinar Bestari, Sinar Harian.

Antara kejayaan yang dilakar pasukan ragbi SK Bandar Tun Hussein Onn (2) ialah Johan bagi Kejohanan Ragbi Rimau Rendah Majlis Sukan Sekolah Daerah (MSSD) Hulu Langat 2022 dan Naib Johan Pertandingan Ragbi Peringkat Kebangsaan 2022.

image is not available
Barisan pemain pasukan ragbi SK Bandar Tun Hussien Onn (2).

Kejayaan-kejayaan ini adalah hasil daripada pemilihan dan mengenal pasti pemain-pemain yang berbakat oleh ketua jurulatih, Cikgu Muhd Mursyid Zulkefli.

Penelitian pemilihan pemain yang dibuat telah berjaya membentuk sebuah pasukan elit yang dapat memberi saingan sengit kepada pasukan ragbi sekolah-sekolah lain.

Bukan itu sahaja, murid-murid yang menyertai pasukan ragbi juga membuktikan kemenjadian masing-masing apabila mampu mengurus dan memimpin kelab kokurikulum ragbi dengan bimbingan guru.

image is not available
Pemain ragbi menunjukkan pingat masing-masing.

Yang pasti, galakan dan sokongan daripada barisan pentadbir dengan menghadiri setiap acara dan memberi kata-kata semangat turut menyumbang kepada kejayaan sukan ragbi sekolah yang dikategorikan sekolah bandar ini.

Selain itu, usaha sekolah untuk memajukan sukan ragbi diteruskan lagi dengan penganjuran Klinik Ragbi hasil kerjasama bersama Get Into Rugby (GIR) Malaysia untuk memberi pendedahan kepada semua murid sekolah.

Guru pula dihantar mengikuti kursus kejurulatihan dan kepengadilan supaya dapat meningkatkan lagi kualiti latihan yang dijalankan kepada murid-murid.

Artikel berkaitan


Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook | Instagram | Twitter | YouTube | TikTok

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved