Sukan SEA 2025: Emas Pertama Malaysia! Skuad Hoki 5s Lelaki Tewaskan Indonesia 7-3

10 Dec 2025 • 5:10 PM MYT
Borak Daily
Borak Daily

Curious & progressive. Bringing you the latest lifestyle & entertainment news

Kontinjen Malaysia membuka tirai kemenangan bergaya di Sukan SEA Thailand apabila skuad hoki 5 sebelah (5s) lelaki menghadiahkan pingat emas pertama negara selepas menewaskan Indonesia 7-3 di Bangkok, hari ini.

Kejayaan itu turut mencatat sejarah tersendiri apabila acara hoki 5s dipertandingkan buat julung kali di temasya dwitahunan tersebut.

image is not available

Emas Pertama Malaysia!

Aksi di Stadium Hoki RTAF menyaksikan Malaysia mendahului selesa 3-0 pada babak pertama sebelum meneruskan dominasi dengan menambah empat lagi gol pada separuh masa kedua untuk mengesahkan kemenangan mutlak.

image is not available

Indonesia pula hadir sebagai pencabar utama setelah mencipta sejarah meraih emas hoki dalam dewan pada Sukan SEA Kemboja 2023, ketika menewaskan Malaysia 4-2 di perlawanan akhir.

Terdahulu, Malaysia mara ke final selepas membelasah Filipina 10-1 pada aksi separuh akhir pagi tadi, dengan skuad negara mempamerkan prestasi cemerlang apabila menjaringkan lima gol pada setiap separuh masa.

“Malaysia mendahului 3-0 pada babak pertama sebelum menambah empat gol pada separuh masa kedua untuk mengesahkan kemenangan,” menurut laporan perlawanan.

image is not available

Kejayaan ini sekaligus menandakan permulaan positif buat kontinjen negara dalam usaha memburu lebih banyak pingat emas di Bangkok.

Sumber: X kamalnizamm

The post Sukan SEA 2025: Emas Pertama Malaysia! Skuad Hoki 5s Lelaki Tewaskan Indonesia 7-3 appeared first on Borak Daily.