Sukan SEA 2025: Jurulatih Bakal Tunai Nazar Cukur Kepala! Malaysia Menang Emas & Perbaharui Rekod

20 Dec 2025 • 12:00 AM MYT
Borak Daily
Borak Daily

Curious & progressive. Bringing you the latest lifestyle & entertainment news

Ketua jurulatih berbasikal negara, Harnizam Basri, menyatakan kesediaannya menunaikan nazar dengan membotakkan kepala.

Ia selepas skuad pecut berpasukan negara mempamerkan prestasi cemerlang apabila mengatasi rekod kebangsaan menerusi catatan terpantas, sekali gus mempertahankan pingat emas yang diraih pada 2017.

image is not available

image is not available

Jurulatih Bakal Tunai Nazar Cukur Kepala

Menurut Harnizam, janji itu dibuat susulan kejayaan pasukan mencatatkan masa satu minit, sekali gus memadam rekod lama negara.

“Dia berhasil mendapatkan 1 minit, jadi saya akan botak.
“Saya ada dua acara pecut. Kalau dua-dua menang emas saya akan botak, dan cukur kepala jika pecahkan rekod,” katanya.

image is not available

image is not available

Keampuhan barisan negara yang diwakili Muhammad Ridwan Sahrom, Fadhil Zonis dan Akmal Nazimi Jusena nyata sukar ditandingi apabila mereka berjaya menewaskan cabaran skuad tuan rumah yang diketuai juara dunia keirin 2019, Jai Angsuthasawit.

Artikel lain: Air Mata Juara! Miki Ghazali Hadiahkan Pingat Emas Muay Thai Di Sukan SEA 2025

Kejayaan itu turut menyaksikan satu rekod kebangsaan baharu dicipta bagi acara pecut berpasukan negara, mengatasi catatan terdahulu 1 minit 02.077 saat yang dipegang oleh Datuk Azizul Hasni Awang, Josiah Ng dan Mohd Edrus Md Yunos ketika Sukan Asia Incheon 2014.

image is not available

image is not available

Prestasi membanggakan itu sekali gus membuktikan peningkatan ketara skuad berbasikal negara, selain mengukuhkan status mereka sebagai antara pasukan terbaik di rantau ini.

Sumber: Astro Arena

The post Sukan SEA 2025: Jurulatih Bakal Tunai Nazar Cukur Kepala! Malaysia Menang Emas & Perbaharui Rekod appeared first on Borak Daily.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved