Sukan SEA 2025: Mohd Manshahar Dicadang Kembali Terajui Skuad Olahraga Kebangsaan

18 Jun 2025 • 10:16 AM MYT
Borak Daily
Borak Daily

Curious & progressive. Bringing you the latest lifestyle & entertainment news

Bekas Ketua Jurulatih Skuad Olahraga Kebangsaan, Mohd Manshahar Abdul Jalil, telah dicadangkan untuk kembali memimpin pasukan negara bagi menghadapi temasya Sukan SEA 2025 yang akan berlangsung di Thailand dari 9 hingga 20 Disember ini.

Sukan Sea: MSN dan MA ingin kembalikan kegemilangan

Cadangan pelantikan semula beliau bagi tempoh enam bulan itu dikemukakan dalam satu perbincangan strategik antara Olahraga Malaysia (MA) dan Majlis Sukan Negara (MSN), menurut kenyataan yang dimuat naik di laman Facebook rasmi MA malam tadi.

image is not available

Foto: Astro Awani

“Pelantikan ini bagi menyelaraskan kelancaran pelan perancangan persiapan pasukan dalam tempoh tersebut dan cadangan ini akan dibawa untuk pertimbangan dan kelulusan dalam masa terdekat oleh pihak berkaitan,” katanya.

image is not available

Foto: Carian Google

Perbincangan tersebut turut menyentuh soal penstrukturan semula barisan kejurulatihan serta pelaksanaan program latihan dan pertandingan di luar negara sebagai antara langkah strategik meningkatkan tahap kesiapsiagaan dan prestasi atlet negara.

MA turut memaklumkan bahawa satu Mesyuarat Jawatankuasa Kerja (JKK) akan diadakan dalam masa terdekat bagi memperhalusi tindakan susulan yang dirancang, bagi memastikan pelaksanaan inisiatif berjalan lancar.

image is not available

Foto: Carian Google

“MSN dan MA komited memastikan persiapan yang rapi dan menyeluruh bagi mengembalikan kegemilangan skuad olahraga negara di pentas Sukan SEA 2025,” ujarnya.

Untuk rekod, pada Sukan SEA 2023 di Phnom Penh, Kemboja, Malaysia gagal mencapai sasaran 10 pingat emas, sebaliknya hanya meraih lima emas, tiga perak dan 12 gangsa.

Sumber: Astro Awani