Sukan SEA: Cheong Min Atlet Malaysia Pertama Sumbang 2 Emas

12 May 2023 • 2:59 PM MYT
Getaran
Getaran

Menampilkan laporan semasa & terkini yang mencakupi pelbagai aspek kehidupan

image is not available
Cheong Min meraikan kejayaan selepas meraih pingat emas dalam acara Taolu wanita (Nandao+Nangun) akhir wanita pada Temasya Sukan SEA 2023 di Pusat Konvensyen Chroy Changvar hari ini. - Gambar Bernama

PHNOM PENH - Jaguh wushu kebangsaan Tan Cheong Min muncul atlet Malaysia pertama merangkul dua pingat emas pada temasya Sukan SEA 2023 selepas mengungguli saingan final Taolu wanita (Nandao + Nangun) di sini, hari ini.

Pada final disiplin Nandao yang berlangsung di Pusat Konvensyen Chroy Changvar, Cheong Min mengumpul 9.65 mata untuk mengumpul keseluruhan 19.16 mata sekali gus mengesahkan kejayaan merangkul emas keduanya.

Pingat perak dimenangi atlet Vietnam Phan Thi Tu Binh yang meraih keseluruhan 18.413 mata sementara Aye Thitsar Myint dari Myanmar mengumpul 18.303 mata untuk membawa pulang gangsa.

Sebelum ini, Cheong Min yang juga juara dunia 2019 dalam acara Nandao, merangkul emas Nanquan wanita yang merupakan emas pertama kem wushu negara di Sukan SEA 2023, selain menghadiahkan gangsa dalam acara Nandao wanita, Rabu lepas. - Bernama

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved