Sukan SEA: Chuan Leong Kembali Raih Emas Selepas 8 Tahun

15 May 2023 • 7:06 AM MYT
Getaran
Getaran

Menampilkan laporan semasa & terkini yang mencakupi pelbagai aspek kehidupan

image is not available
Atlet Billiard negara Thor Chuan Leong meraih pingat emas dalam acara Snooker lelaki sempena Sukan SEA 2023 di AEON Mall Sen Sok City semalam - Gambar Bernama

PHNOM PENH, 14 Mei (Bernama) -- Selepas kira-kira 48 jam, Malaysia kembali menuai pingat emas di Sukan SEA 2023 menerusi billiard yang disumbangkan Thor Chuan Leong dalam acara snuker perseorangan lelaki.

Menewaskan Akani Songsermsawad dari Thailand pada peringkat akhir yang berlangsung di Aeon Mall Sen Sok, Chuan Leong meraih emas selepas lapan tahun iaitu kali terakhir dimenanginya pada edisi 2015 di Singapura.

Beliau menampilkan prestasi memberangsangkan dengan meraih kemenangan 4-1 (74-42, 67-48, 53-72, 53-17, 63-21).

Seorang lagi atlet negara Lim Kok Leong berkongsi pingat gangsa dengan wakil tuan rumah Sophanith Men.

Kejayaan itu sekali gus menyaksikan sasaran dua emas yang ditetapkan Persekutuan Snuker dan Billiards Malaysia pada temasya ini tercapai, selepas Moh Keen Ho menyumbangkan emas pertama kem snuker negara dalam acara 6-Red individu, Selasa lepas.

Chuan Leong kini memiliki keseluruhan lima emas Sukan SEA selepas mengungguli acara berpasangan  lelaki pada edisi 2011 di Palembang, Indonesia dan 2015 di Singapura selain acara 6-Red perseorangan pada edisi 2013 di Myanmar. - Bernama

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved