Sukan SEA: Puripol Pelari Asia Tenggara Pertama Rekod Bawah 10 Saat

11 Dec 2025 • 9:51 PM MYT
Siakap Keli
Siakap Keli

We’re a fast growing company with over 20 million page views per month.

image is not available

Sukan SEA: Puripol Pelari Asia Tenggara Pertama Rekod Bawah 10 Saat

BANGKOK, 11 Dis (Bernama) — Jaguh pecut Thailand Puripol Boonson menampilkan larian luar biasa dengan menjadi pelari pertama di Asia Tenggara mencatatkan masa di bawah 10 saat (s) bagi 100 meter (m) lelaki pada aksi saringan pertama Sukan SEA Thailand 2025 di sini, hari ini.

Puripol menamatkan mengungguli peringkat saringan dengan catatan 9.94s sekali gus memecahkan rekod dipegang wakil Indonesia Lalu Muhammad Zohri iaitu 10.03s di Osaka, Jepun, pada 2019.

Kejayaan itu juga meleburkan rekod temasya sukan dwitahunan tersebut selama 16 tahun dipegang Suryo Agung Wibowo dari Indonesia, pada edisi 2009 di Laos menerusi catatan 10.17s.

Sementara itu, dua atlet negara Danish Iftikhar Muhammad Roslee dan Jonathan Nyepa masing-masing layak ke saingan akhir, dijadual berlangsung pukul 6.50 petang ini.

Danish muncul pelari kedua terpantas pada peringkat saringan, dengan mencatatkan 10.18s manakala Jonathan Nyepa pula melakukan 10.48s.

Catatan dilakukan Danish itu juga mengatasi pencapaian peribadi terbaik sebelum ini 10.26s, yang semasa merangkul emas 100m lelaki pada Terbuka Malaysia di Kangar pada Ogos.

Sumber: BERNAMA

The post Sukan SEA: Puripol Pelari Asia Tenggara Pertama Rekod Bawah 10 Saat appeared first on Siakap Keli.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved