“Sukar untuk saya komen…” – Keputusan Rayuan Akhir Bakal Tiba, Syed Saddiq Buka Mulut Soal Rumah Tangga

LocalPolitics
26 Jun 2026 • 12:53 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.

syaz ft 2026 06 26T124638.102

Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman menyatakan bahawa dia berserah sepenuhnya kepada ketentuan takdir berhubung kes mahkamah yang sedang dihadapinya.

Bekas Menteri Belia dan Sukan itu mengakui berada dalam keadaan tenang dan bersedia menghadapi sebarang kemungkinan memandangkan baki tempoh lima hari sahaja lagi sebelum Mahkamah Persekutuan membuat keputusan muktamad.

Artikel berkaitan: Didi Astillah Mohon Maaf Berhubung Isu Prank Ibu, Mohon Jangan Kaitkan Dengan Syed Saddiq

Artikel berkaitan: PA Respon Isu Kononnya Syed Saddiq Pernah Mesej Wanita Lain Ketika Bercinta Dengan Bella Astillah?

“Saya yakin berada di pihak benar dan sudah melalui proses penghakiman bagi tahun ketujuh. Sepanjang tempoh ini saya tidak pernah mohon kes ditangguhkan, digugurkan mahupun membuat rayuan melalui saluran politik.

Saya juga ingin menghantar isyarat jelas kepada golongan muda supaya jangan gentar menghadapi masalah. Kita perlu berprinsip dan bermaruah kerana perjuangan melangkaui (kepentingan) individu atau personaliti semata-mata.

Secara peribadi saya bersedia (menghadapi keputusan mahkamah) dan kini saya serahkan sepenuhnya kepada Allah,” katanya.

Bakal Tahu Nasib Selasa Depan

Untuk rekod, bekas Presiden MUDA ini berdepan dakwaan salah guna harta, pecah amanah, dan pengubahan wang haram membabitkan dana Angkatan Bersatu Anak Muda (ARMADA) BERSATU. Rayuan akhir pihak pendakwaan terhadap keputusan membebaskan beliau dijadualkan berlangsung pada Selasa depan.

Sebelum ini, pada 25 Jun tahun lalu, Mahkamah Rayuan telah melepaskan dan membebaskan Syed Saddiq, 33, sekali gus mengetepikan sabitan hukuman penjara tujuh tahun, dua sebatan, serta denda RM10 juta yang pernah diputuskan oleh Mahkamah Tinggi pada 9 November 2023. Bagaimanapun, sehari selepas pembebasan itu, Jabatan Peguam Negara (AGC) telah memfailkan rayuan di peringkat Mahkamah Persekutuan.

Mengikut pertuduhan asal, Syed Saddiq didakwa bersubahat melakukan pecah amanah dana ARMADA berjumlah RM1 juta pada Mac 2020 di bawah Seksyen 406 Kanun Keseksaan. Beliau juga berdepan dakwaan menyalahgunakan wang RM120,000 milik Armada Bumi Bersatu Enterprise (Seksyen 403), serta dua pertuduhan pengubahan wang haram berjumlah RM50,000 yang dipindahkan ke akaun Amanah Saham Bumiputera (ASB) miliknya.

Belum Fikir Soal Kahwin

Dalam pada itu, ditanya sama ada keputusan mahkamah kali ini akan menjejaskan perancangan peribadinya untuk mendirikan rumah tangga, Syed Saddiq mengakui sukar untuk memberikan sebarang jaminan atau ketetapan awal.

“Sukar untuk saya komen sama ada situasi A atau B yang akan berlaku. Lebih baik kita tunggu keputusan nanti tetapi yakinlah dan letaklah kepercayaan dengan Allah SWT.

Jika kita yakin kita di pihak benar, Insya-Allah semua akan berjalan dengan baik. Saya menantikan keputusan selepas lebih enam tahun (berdepan kes terbabit),” jelasnya lagi.

Sebagai info, ahli parlimen berusia 34 tahun itu selamat bertunang dengan penyanyi dan pelakon, Bella Astillah pada 28 Mac 2026.

Sumber: Harian Metro

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved