Sukarelawan Diperlukan, Sertai Program Pemulihan Terumbu Karang Di Taman Tun Mustapha Sabah

7 Apr 2025 • 11:30 AM MYT
I Love Borneo
I Love Borneo

Laman infotainment, gaya hidup dan pelancongan di Borneo

image is not available

Misi Selamatkan Terumbu Karang, Jom Sertai Usaha Pemulihan Karang Terbesar di Malaysia

Sukarelawan Diperlukan, Sertai Program Pemulihan Terumbu Karang Di Taman Tun Mustapha Sabah. Adakah anda seorang pencinta alam sekitar yang ingin menyumbang kepada usaha pemuliharaan marin?

Inilah peluang keemasan untuk anda menyertai program pemulihan terumbu karang di Taman Tun Mustapha, Kudat, Sabah yang sedang berusaha mencipta nama dalam Malaysia Book of Records sebagai acara penanaman karang terbesar di negara ini.

image is not available
Sukarelawan Diperlukan, Sertai Program Pemulihan Terumbu Karang Di Taman Tun Mustapha Sabah

Siapa yang layak menyertai?

  • Warganegara Malaysia berumur 18 tahun dan ke atas
  • Sukarelawan yang bersemangat dan komited
  • Penyelam berpengalaman dialu-alukan, namun aktiviti darat juga terbuka kepada bukan penyelam

Apa yang disediakan?

  • Sarapan dan makan tengah hari PERCUMA
  • E-sijil untuk semua peserta
  • Peluang untuk menyertai aktiviti pemulihan marin yang bermakna dan berimpak tinggi
  • Rangkaian bersama sukarelawan dan penyelam dari seluruh negara

Syarat & Perkara Penting

  1. Pendaftaran adalah PERCUMA dan perlu dilakukan sebelum 30 April 2025
  2. Penginapan dan pengangkutan tidak disediakan – peserta dinasihatkan untuk merancang sendiri
  3. Penyelam yang ingin terlibat dalam aktiviti bawah air perlu mempunyai:
    • Sijil Advanced Open Water ATAU
    • Sekurang-kurangnya 30 selaman berdaftar (logged dives)
  4. Semua penyelam perlu membawa peralatan menyelam sendiri
  5. Slot menyelam adalah terhad dan berdasarkan prinsip “siapa cepat, dia dapat
  6. Semua peserta perlu mematuhi garis panduan keselamatan yang ditetapkan oleh penganjur

Cara Pendaftaran

Imbas kod QR yang tertera di poster untuk mendaftar dan menonton video projek terdahulu.

Sebarang pertanyaan, sila hubungi:
Joyedeline Birig: +6011-2193 6400
Shirley Brenda: +6013-541 3733
Emiliyanah O: +6014-845 0031

Bersama Kita Pulihkan Lautan

Dengan tema “Unite for Oceans”, projek ini bukan sahaja tentang mencatat rekod, tetapi juga menyemai kesedaran dan tindakan nyata demi masa depan ekosistem marin negara. Sertai kami dan jadi sebahagian daripada perubahan!

Maklumat penting

Tarikh & Lokasi

5 Mei – 18 Mei 2025
Kampung Tajau Laut & Simpang Mengayau, Kudat, Sabah

  • Kampung Tajau Laut: penyediaan rangka karang
  • Simpang Mengayau: aktiviti penanaman dan selaman

Baca juga artikel yang berkaitan: