Sukarelawan Global Sumud Flotilla Yang Ditahan Dipaksa Berlutut, Tangan Diikat Selama 5 Jam

WorldPolitics
4 Oct 2025 • 11:28 AM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Beberapa hari lalu, kumpulan sukarelawan yang menyertai misi Global Sumud Flotila (GSF) ke Gaza untuk menyampaikan bantuan ubat-ubatan dan makanan kepada penduduk di Palestin telah dipintas oleh tentera Israel dan ada juga yang turut ditahan.

image is not available

Dalam perkembangan terkini, Pusat Undang-Undang bagi Hak Minoriti Arab di Israel (ADALAH) menyatakan bahawa kumpulan sukarelawan GSF telah diikat tangan mereka dan mereka turut dipaksa berlutut selama lebih kurang lima jam.

Menurut Harian Metro, kumpulan sukarelawan GSF yang telah ditahan juga turut dinafikan akses mereka kepada keperluan lain seperti ubatan, air dan sebagainya.

Peserta GSF juga tidak dibenarkan bertemu dengan peguam.

Difahamkan, mereka hanya dibenarkan berjumpa peguam selepas peguam terpaksa menunggu beberapa jam.

Beberapa sukarelawan yang terlibat dengan Global Sumud Flotilla yang telah ditaha juga dipercayai mengalami gangguan, kekerasan serta ugutan seperti dibangunkan dengan ganas ketika melelapkan mata.

image is not available

Sukarelawan GSF juga telah difitnah sebagai pengganas kerana Israel mahu menjejaskan misi Global Sumud Flotilla.

Difahamkan, seramai 331 sukarelawan Global Sumud Flotilla itu sekarang ini sedang berdepan prosiding imigresen.

Difahamkan, pihak ADALAH kini sedang giat meastikan agar setiap peserta GSF dapat dibebaskan dengan segera daripada ditahan dengan cara yang tidak sah.

Sumber: Harian Metro

Sumber:

Sumber:

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.