SUKIPT 2022: UPM cemerlang di gelanggang trek, balapan

16 Aug 2022 • 1:41 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available
Nurul Alyahaziqah (depan) ketika beraksi dalam acara 5,000 meter jalan kaki wanita.

UNIVERSITI Putra Malaysia (UPM) bermula cemerlang di arena trek dan balapan Sukan Institusi Pengajian Tinggi (SUKIPT 2022) apabila berjaya meraih dua emas pada Selasa. Emas pertama UPM pada acara olahraga disumbangkan menerusi atletnya, Nurul Alyahaziqah Kamarazaman, apabila mengungguli acara 5,000 meter jalan kaki selepas menamatkan saingan dengan catatan masa 28:04.93 saat (s). Perak acara itu dimenangi atlet Universiti Sunway, Prithi Davina Ponraj yang menamatkan perlumbaan dengan catatan masa 39:06.97s, manakala gangsa dimenangi wakil Universiti Perguruan Sultan Idris (UPSI), (39:35.56s). “Alhamdulillah, ini rezeki saya menyumbang emas buat UPM pada penampilan pertama saya di SUKIPT. “Sebenarnya saya tak jangka, boleh menang acara ini kerana ia bukan acara kegemaran saya. Malah saya juga agak ketinggalan pada awal perlumbaan ini. “Bagaimanapun rezeki saya apabila pendahulu dalam perlumbaan ini dibatalkan penyertaan kerana melakukan kesalahan berulang kali,” katanya ketika ditemui selepas perlumbaan. Dalam pada itu, emas kedua UPM hadir menerusi acara lontar peluru wanita apabila atletnya, Nani Sahirah Maryata menamatkan saingan di tempat pertama dengan lontaran sejauh 13.2 meter (m) Perak acara itu dimenangi atlet Universiti Teknologi Mara (UiTM), Nurdini Shahira Abdullah yang merekodkan lontaran sejauh 11.1m, dan gangsa dimenangi wakil tuan rumah, Betty Hoong King Ching (10.6m). “Sebenarnya saya tak sangka boleh dapat emas dalam acara ini. Ini kerana terdapat beberapa pencabar lain yang memberi saingan kepada saya. “Bagaimanapun berkat doa ibu bapa dan semangat yang diberi jurulatih saya berjaya menjelmakan emas buat UPM,” ujar Nani. Tambah Nani, selepas ini dia memberi tumpuan penuh untuk memperbaiki lagi jarak lontaran dalam misi untuk melayakkan diri buat kali pertama di temasya Sukan SEA Kemboja tahun hadapan.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved