SUKMA 2024: Jing Hong Lebur Rekod 20 Tahun Acara Lumba Jalan Kaki

19 Aug 2024 • 5:03 PM MYT
Borak Daily
Borak Daily

Curious & progressive. Bringing you the latest lifestyle & entertainment news

Pelumba jalan kaki yang juga pemenang pingat emas dari Wilayah Persekutuan, Khor Jing Hong mencipta rekod baharu bagi acara tersebut pada Sukan Malaysia (SUKMA) 2024 di Stadium Sarawak hari ini.

image is not available

Foto: Bernama

Menurut satu laporan Bernama, atlet berusia 19 tahun itu juga membuat penampilan pertamanya di SUKMA sekali gus memecahkan rekod acara 20,000 meter (m) lumba jalan kaki dengan catatan satu jam 34 minit 38.20 saat (s).

Kejayaan Jing Hong itu juga meleburkan rekod 20 tahun milik Thiyagu Manoharan dari Perak dengan catatan masa 1 jam 34 minit 56.10s pada 2004 ketika edisi Negeri Sembilan.

image is not available

Foto: Bernama

Jing Hong dilaporkan berkata, dia berasa lega dengan keputusan tersebut selepas sempat berasa tertekan sehari sebelum dia beraksi di stadium berkenaan.

“Saya lega kerana semalam saya sangat tertekan sebab hari pertama, acara pertama dan saya pula sasarkan emas dan pecah rekod. Jadi semua mata tengok saya.

“Tapi semalam saya ada bercakap dengan jurulatih dan itu melegakan saya untuk turun beraksi dengan tenang,” katanya.

image is not available

Foto: Bernama

Sementara itu, pingat perak pula menjadi milik Sriven Tan dari Pulau Pinang dengan masa 1’38:25.43s manakala wakil daripada Selangor, C. Teban Raj hanya berpuas hati dengan gangsa melalui catatan masa 1’48:07.56s.

Sumber: Bernama

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved