SUKMA 2024: Mandy Cebelle raih emas kedua acara wushu

15 Aug 2024 • 9:00 AM MYT
Media Selangor
Media Selangor

Berita dan isu semasa, inklusif untuk semua.

image is not available
1

SHAH ALAM, 15 OGOS: Atlet wushu wanita, Mandy Cebelle Chen dari Selangor meraih pingat emas dalam acara final taijiquan wanita setakat jam 12 tengah hari ini.

Kemenangan itu menjadikan Mandy Cebelle atlet pertama memenangi dua pingat emas setakat hari kedua temasya Sukan Malaysia (SUKMA) Sarawak 2024.

Semalam, Mandy Cebelle menyumbang emas pertama buat Selangor menerusi acara sama.

Hari ini, Selangor menyasarkan dua emas bagi acara berbasikal lebuh raya dan tenpin boling pada SUKMA Sarawak menerusi acara basikal lebuh raya dan tenpin boling.

image is not available