SUKMA 2026: Ketua delegasi teknikal, pengurus pertandingan tandatangani ikrar bebas rasuah

LocalPolitics
4 Sep 2025 • 8:53 PM MYT
Media Selangor
Media Selangor

Berita dan isu semasa, inklusif untuk semua.

image is not available

SHAH ALAM, 4 SEPT: Semua Ketua Delegasi Teknikal (KDT) dan Pengurus Pertandingan Sukan Malaysia (SUKMA) Ke-22 hari ini menandatangani Ikrar Bebas Rasuah (IBR) bagi menjamin temasya sukan dwitahunan kebangsaan pada tahun hadapan itu bebas daripada rasuah dan salah guna kuasa.

Majlis penandatanganan yang diadakan di sebuah hotel di sini disaksikan Pengarah Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Kuala Lumpur Mohamad Zakkuan Talib.

Turut hadir Setiausaha Agung Majlis Olimpik Malaysia (MOM) Datuk Mohd Nasir Ali, Ketua Pegawai Eksekutif Sekretariat SUKMA Selangor 2026 Datuk Mohd Yazid Sairi dan Ketua Pengarah Majlis Sukan Negara (MSN) Jefri Ngadirin.

Jefri ketika ditemui selepas majlis itu berkata IDR menjadi simbol perjanjian dan komitmen semua KDT dan Pengurus Pertandingan untuk melaksanakan tugas dengan telus dan berintegriti.

"IBR juga menandakan aku janji semua yang terlibat bahawa mereka bebas daripada rasuah, yang akan memastikan SUKMA 2026 berjalan secara profesional dan berlandaskan tatakelola serta tadbir urus yang baik," katanya.

SUKMA Selangor 2026 dijadual diadakan pada 15 hingga 24 Ogos, manakala Para SUKMA dari 5 hingga 14 Sept, dengan upacara pembukaan temasya akan berlangsung di Litar Antarabangsa Sepang (SIC).

-- BERNAMA

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved